Walaun United
Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah
Search This Blog
Friday, November 22, 2019
Isu RM 1.4 Billion : La ni sapa yang menyamun sebenarnya?
1 Jun 2018, depa gantung operasi NAFAS. Kemudian depa masukkan orang-orang PAN dalam NAFAS. NAFAS sama macam GILC, GLC dan GIC lain dijadikan sebagai tempat menyakau ghanimah selepas menang perang.
Sebelum tu, depa yang paling kuat berkeriau pasal tender terbuka. Bila dah menang, depa pun buatlah tender terbuka. Bila tender terbuka dimenangi oleh syarikat lain, kalut depa buat surat dengan menggunakan kuasa kepada Perdana Menteri dan bagi anugerah runding terus kepada NAFAS yang dah dikuasai oleh puak-puak depa.
La ni, telah terdedah, depa laju kata, Salahuddin bela kaum peladang. Kaum peladang yang manakah dimaksudkan oleh tukang propaganda tu? Adakah kaum peladang yang dimaksudkan merupakan pimpinan PAN dan PKR yang diletakkan dalam NAFAS?
Kalau nak diikut-ikutkan kata-kata depa ni, NAFAS zaman BN dululah lebih membela kaum peladang dan Bumiputera sebab NAFAS masa tu dapat secara runding terus dan peladang, pesawah serta pekebun kecil, bukan sahaja dapat bantuan, bahkan peruntukan untuk depa pun ada dalam Bajet negara berbanding ketika negara di bawah Pakatan.
- Kedahan69ers
Tuesday, February 19, 2019
PRK Semenyih : Calon PH kantoi menipu, menteri kata tiada perbincangan bina hospital di Semenyih
Kementerian Kesihatan belum melihat sebarang keperluan bagi pembinaan hospital di Semenyih, Selangor dan tiada sebarang perbincangan dilakukan untuk menyediakan kemudahan hospital di kawasan berkenaan.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN), Semenyih Muhammad Aiman Zainali supaya sebuah hospital dibina di kawasan itu perlu lebih munasabah.
"Siapa pun boleh buat janji, tapi kami mengharapkan janji-janji itu lebih munasabah kerana pembinaan hospital bukan macam pembinaan mana-mana premis. Pada saya adalah lebih wajar kalau kita bercakap mengenai klinik kesihatan di situ.
"Dia (Muhammad Aiman) boleh mengesyorkan tapi pada akhirnya kementerian yang akan memastikan dari segi keperluan, syarat-syarat kepadatan penduduk dan sebagainya. Tetapi kita boleh dengar pandangannya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan Muhammad Aiman semalam yang merancang untuk memperjuangkan isu kemudahan untuk penduduk di Semenyih termasuklah pembinaan sebuah hospital.
Muhammad Aiman berkata, ramai penduduk memberi maklum balas mengenai keperluan sebuah hospital di DUN berkenaan kerana kawasan itu hanya memiliki beberapa klinik kesihatan dan terpaksa berkongsi kemudahan hospital di Hospital Kajang yang terlalu sesak - UO
ADAKAH BENAR DAP YANG BERSUNGGUH MAHU JATUHKAN TUN M ?
Mahathir bimbang tentang konspirasi untuk menjatuhkannya sebagai PM.
Dari Guan Eng tunggu benda yang orang semua dah tahu, lebih baik beliau nafi yang DAP bersama konconya berhasrat mahu jatuhkan Mahathir melalui undi tidak percaya.
Mahathir dilihat merancang untuk memperteguhkan suara Bersatu di Parlimen apabila mula membuka pintu pada MP-MP Umno.
Tindakan ini jika berterusan akan mengukuhkan kedudukan Bersatu dalam kerajaan PH dan mengecilkan dominasi DAP dan wakil-wakil bukan Islam dalam kerajaan.
DAP cemas bila taring mereka bakal ditumpulkan.
PKR pro Anwar-Rafizi pun begitu. Berupayakah Anwar jadi PM jika Bersatu makin besar?
Kerana itu usaha diambil untuk jatuhkan Mahathir sebagai PM. Sebab itu ada keperluan sokongan dari MP-MP lain untuk kekalkan Mahathir lalu bangkit cerita perakuan bersumpah. Itu yang sebenarnya.
Demi perpaduan ummah dan menegakkan kerajaan yang dominan Islam PAS sanggup berkerjasama dengan siapa pun.
Ini bukan isu PAS.
Isu yang lebih besar, benarkah DAP mahu tikam belakang dan jatuhkan PM melalui undi tak percaya kerana sudah hilang keyakinan pada Tun Dr Mahathir?
Benarkah PKR Anwar-Rafizi juga sanggup sokong kerana sudah tidak yakin Mahathir akan berikan PM pada Anwar.
Jawab yang ni Guan Eng. Tidak perlu ganggu Tuan Guru Hj Abd Hadi sebab bukan beliau puncanya tapi anda dan DAP!
Benarkah Tun akan dijatuhkan melalui undi tidak percaya dari DAP dan PKR Anwar-Rafizi?
Roslan SMS
Tun Mahathir diserang oleh Rakan PH sendiri.
1. Penentangan DAP dan sekutunya terhadap kepimpinan Tun M semakin jelas sekarang. Mereka sedang merancang untuk menjatuhkan Tun M dan melantik PM baru yang sedang mereka susun.
2. Kita semua tahu ada beberapa movement Tun M seperti mengambil ahli parlimen dari UMNO masuk ke dalam parti beliau bagi memperkukuhkan kedudukan parti itu tidak disenangi oleh DAP kerana ini akan melemahkan dan mengacau strategi DAP.
3. DAP sudah lama tidak mempercayai kepada Tun M namun mereka menganggap Tun M boleh dikawal dan mudah mengikut telunjuk tetapi ia tidak sedemikian. Tun M terus gagah bergerak dan memimpin.
4. Sebab itu tulisan terbaru di Malaysiakini menyatakan bahawa Tun M tidak boleh dipercayai. Sekarang, banyak khabar-khabar buruk telah ditiupkan hatta di dalam group whatsapp PH sendiri tentang keburukan Tun M. Ini semua telah digerakkan oleh RBA DAP.
5. Telah banyak movement-movement oleh DAP seperti pembongkaran kelayakan akademik Menteri adalah untuk memberi signal kepada kepimpinan Tun M jangan melanggar DAP dan jangan mengukuhkan kedudukannya sebagai PM.
6. Sebab itu juga baru-baru ini, Anwar Ibrahim dengan yakinnya menyatakan beliau akan menjadi PM seterusnya dalam masa tidak kurang dari dua tahun. Ini kerana dia telah dijanjikan jawatan tersebut oleh beberapa tokoh khususnya dari kepimpinan DAP.
7. Team Anwar Ibrahim telah bekerjasama dengan DAP agar impian ini tercapai, penglibatan Invoke juga jelas apabila kita membandingkan cara penulisan di kolum-kolum media pro PH serupa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Invoke.
8. Kini semua telah jelas, DAP mahukan PM yang anti-Melayu dan Pro Liberal dan Anwar Ibrahim adalah calon yang terbaik bagi mereka agar agenda Malaysian Malaysia dapat dilaksanakan.
Hafaz Hamidin
19 Februari 2019
Kuala Langat
Pemimpin DAP Negeri Johor minta Tun M letak jawatan -
Seorang ahli jawatankuasa DAP Johor secara terbuka
meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan kerana tidak
mengendahkan manifesto dan janji Pakatan Harapan
"Ini menunjukkan bahawa Dr Mahathir tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri dan dalam
manifesto Pakatan, dan oleh itu dia perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan meletakkan
jawatan sebagai pemimpin dan Perdana Menteri negara kita," katanya.
Beliau juga berkata adalah kebodohan bagi beberapa pemimpin Pakatan untuk mengatakan bahawa
tidak akan ada perubahan kerajaan tanpa kepimpinan Dr Mahathir.
"Saya berasa lega bahawa saya tidak dilantik sebagai calon dalam pilihan raya umum lepas kerana
saya tidak pernah menerima kepimpinan Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa
(19 Feb).
Dr Boo, yang juga bekas pengerusi DAP negeri, juga mengkritik sekutu Pakatan, Parti Pribumi Bersatu
Malaysia, kerana menerima bekas wakil rakyat Barisan Nasional dan Umno.
"Ia akan menjadi langkah kebelakang jika wakil rakyat digalakkan dengan menyeberang dari Barisan
Nasional ke Pakatan Harapan.
Perkara yang paling membimbangkan adalah tidak ada siapa yang tahu apa agenda rahsia dan
tawaran yang sedang dilakukan oleh Tun Mahathir bersama MP UMNO yang telah lompat parti itu.
LIM GUAN ENG, JANGAN LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN.
Lim Guan Eng mungkin ingat apa yang berlaku dalam PH orang luar tidak tahu. Sebenarnya banyak rahsia yang berlaku di dalam PH sudah di ketahui umum. Pergolakan yang berlaku di dalam PH membuatkan rakyat mula muak dengan PH. Itu belum lagi di kira banyak polisi yang u-turn dan janji yang di sapu di bawah tikar.
Contoh jelas hari ini, belum lagi mesyuarat Majlis Presiden PH, PKR awal lagi telah sebut akan bertanding di Rantau dan umum kerusi Rantau sememangnya milik PKR tetapi bila Bersatu mahu lebarkan sayap ke Sabah, di suruh pula berbincang dan di bawa dahulu ke mesyuarat Majlis Presiden PH. Jika di amati, memang ada amalan double standard dan pergolakan di dalam PH.
Sebenarnya berlaku amalan “ insubordination “ di dalam Kerajaan PH yang seolah-olah mencabar dan engkar kepada Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi PH. Itu belum lagi kisah PKR yang bersilat di belakang tabir berusaha merebut jawatan MB Kedah daripada Bersatu, bukankah itu mencabar Tun Dr. Mahathir ? Sebenarnya Kerajaan PH luaran nampak cantik tetapi hakikatnya sedang retak menunggu belah.
Di sebalik kekalutan di kalangan pemimpin PH berikutan pendedahan PAS bahawa akan berlaku pembelotan terhadap Tun Dr. Mahathir, tiada satu pun pemimpin utama PH seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng mahupun Mat Sabu bertanyakan Tun Dr. Mahathir sendiri untuk apakah dokumen sokongan tersebut. Lim Guan Eng seperti jaguh kampung meminta Datuk Takiyuddin Hassan pula beri bukti.
Kenapa Lim Guan Eng tidak tanya Tun Dr. Mahathir sendiri untuk apa keperluan dan sebab meminta dokumen sokongan dari PAS ? Sebenarnya Lim Guan Eng tidak berani tanya Tun Dr. Mahathir kerana hanya akan mendedahkan pekung yang telah lama bernanah di dalam PH. Jika benar Lim Guan Eng dan DAP menyokong kepimpinan Tun Dr. Mahathir, CABARAN untuk DAP dan Lim Guan Eng, adakah mereka bersetuju dan menyokong Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga PRU 15 ?
Lim Guan Eng dan DAP jangan ingat mereka jadi Kerajaan kerana mereka kuat dan mendapat sokongan rakyat. Sebenarnya PH menang kerana sokongan rakyat terhadap Tun Dr. Mahathir terutamanya orang Melayu. Majoriti orang Melayu menolak DAP sejak dari dahulu lagi walau pun DAP bermati-matian cuba mendapatkan sokongan orang Melayu. Beranikah Lim Guan Eng dan DAP menyahut cabaran ini ? Jika tidak berani bermakna sebenarnya memang akan berlaku seperti yang di jangka.
Lim Guan Eng usah berlagak seperti jaguh namun sebenarnya penakut, seperti lempar batu sembunyi tangan. Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu buat-buat tanya pula.
Muhammad Khalil Abdul Hadi.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Monday, February 18, 2019
PRK Semenyih yang semakin membinggungkan dimana BN berperang, PAS diserang
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia, mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi Pengetahuan-Nya” (Al-Maidah: 54)
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Pakatan Harapan, Barisan Nasional, PSM dan calon Bebas.
Namun pihak yang menerima serangan dan kritikan adalah parti yang tidak bertanding, iaitu PAS.
Sejurus mendapat perkhabaran kekosongan kerusi Dun Semenyih, PAS telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dan memberi laluan kepada wakil pembangkang iaitu Barisan Nasional, atas semangat demokrasi untuk mengukuhkan proses ‘semak dan imbang’ yang diperjuangkan oleh PAS.
Pendirian PAS kali ini sudah boleh dijangka setelah menyaksikan keputusan PRK Cameron Highlands yang memihak kepada Barisan Nasional, di mana hampir semua penganalisis politik menyimpulkan bahawa kemenangan Barisan Nasional adalah disebabkan sokongan yang diberikan oleh PAS.
Menjelang hari penamaan calon, pendirian PAS dalam PRK Semenyih mula dipersoalkan apabila timbul pendedahan berlangsungnya pertemuan di antara Perdana Menteri dan Presiden PAS.
Malah Perdana Menteri secara bersahaja memaklumkan kepada pihak media, “PAS tidak akan menyokong Umno”, menyebabkan timbul kritikan dan serangan terhadap pendirian yang diambil oleh PAS.
Namun keributan yang melanda terus reda setelah Presiden PAS memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bersidang pada 17 Februari 2019 di Marang, dan diikuti dengan kenyataan media oleh Setiausaha Agung PAS yang memaklumkan;
“PAS menyatakan pendirian tidak bertanding dalam PRK Dun Semenyih dan memberi laluan kepada wakil pembangkang, iaitu Barisan Nasional, dengan tahap komitmen serta kadar penglibatan yang berbeza keadaannya pada PRK Cameron Highlands.
Ini selaras dengan pendirian konsisten PAS yang meletakkan kepentingan Islam dan Melayu mengatasi yang lainnya, di samping PAS mengekalkan hubungan dengan Umno atas dasar perpaduan ummah dan solidariti pembangkang”.
Melihat kepada pendirian yang diambil oleh PAS, ada yang beranggapan PAS tidak konsisten dan selalu mengubah pendekatan, malah ada yang beranggapan PAS sudah terperangkap dan tiada masa depan.
Hakikatnya setiap strategi yang diambil oleh PAS pastinya mengundang rasa cemburu dan sangsi di pihak kawan dan lawan.
Namun jika dilihat secara objektif dan rasional, jelas pendirian PAS adalah konsisten demi menjaga kepentingan Islam yang tidak berubah mengikut zaman.
Keanjalan pendekatan yang diambil oleh PAS dapat dilihat daripada strategi berpolitik yang mendahulukan damai dengan semua pihak (politik damai), tanpa mengira mereka yang lunak ingin berkawan ataupun yang tegar ingin berlawan.
Pendekatan BPMS inilah yang menjadi jambatan untuk PAS meramaikan ahli dan penyokongnya, serta menjadi rahsia ketahanan PAS yang tidak pernah diharamkan sejak awal penubuhannya.
Justeru tidaklah sukar untuk difahami pendirian dan pendekatan PAS, kerana kuncinya adalah untuk menjaga kepentingan Islam, dan strateginya adalah untuk mendaulatkan kedudukan Islam.
SYAHIR SULAIMAN
Pengarah Strategi Pemuda PAS
19 Februari 2019
Pengarah Strategi Pemuda PAS
19 Februari 2019
Nampaknya Kem DSAI semakin pelik, Siapa yang mahu rampas kuasa?
AKHBAR The Star hari
ini membawa tajuk utama muka depan “The numbers game is on”, dan
disebut “A
race to get more MPs on their side in Parliament is gaining momentum following
whispers of a coup being mounted to unseat Tun Dr Mahathir Mohamad as Prime
Minister.”
Maksudnya
masing-masing parti sedang berebut bilangan kerusi. Perebutan untuk mendapatkan
suara teramai di Parlimen sedang berlaku berikutan desas-desus “rampasan kuasa”
untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Ini bukan pembohongan PAS sebagaimana dakwa
Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahupun fitnah dan palsu sebagaimana dakwa Lim Guan
Eng. Ianya dilaporkan oleh The Star bukannya Harakah dan The
Star bukan menceduk sumber dari PAS tetapi desas-desus di luar
sana.
Mengapa
Anwar dan Guan Eng marahkan PAS dan desak supaya PAS pula yang kemukakan bukti
“rampasan kuasa” itu?
Isunya jika berlaku ketidakyakinan dan hilang
kepercayaan terhadap Tun sebagai Perdana Menteri, sudah pastilah ia akan
berpunca dan bermula dari kalangan Pakatan Harapan sendiri. Undi tidak percaya
dari blok pembangkang tidak mampu jatuhkan Tun kecuali ia datang dari dalam
kerajaan.
Apabila
Tun umumkan partinya menerima beberapa Ahli Parlimen Umno sebagai ahli Bersatu,
DAP dan PKR yang berang dan marah. Apabila Tun umumkan partinya mahu melebarkan
sayap ke Sabah sekaligus mejadi wadah menerima ahli-ahli Parlimen Umno Sabah
yang lompat meninggalkan Umno, DAP dan PKR juga yang naik angin.
Sepatutnya
yang buat penafian adalah Anwar dan PKR serta Guan Eng dan DAP bukannya PAS.
Anwar
dan Guan Eng perlu ke hadapan mengisytiharkan yang parti mereka akan terus
menyokong Tun sebagai Perdana Menteri dan tidak melihat sebagai ancaman usaha
Tun untuk mengukuhkan kedudukan Bersatu dalam Parlimen.
Kenapa
Anwar dan Gun Eng senyap?
Kecuali
memang PKR, DAP dan Pan tidak senang dengan Tun dan beberapa langkah politiknya
kebelakangan ini. Tun kini dilihat sebagai ancaman serta liabiliti lantas usaha
perlu diambil untuk menghentikan pengaruh Tun itu. Anwar perlu naik sebagai PM.
Adakah begitu?
Kenapa
Anwar dan Gun Eng senyap? Inilah desas-desus yang dikutip oleh The Star dan
pihak media. Ia bukannya berpunca dari PAS tetapi dari dalam PH.
Anwar
dan Guan Eng bersuaralah.
PAS sekurang-kurangnya telah
bersuara mahu Tun kekal PM hingga PRU15. Anwar dan Guan Eng? - ROSLAN SMS
RM90 juta Jangan Malu Bakal PM Ke 8
PAS tidak percaya DS Anwar dituduh liwat, walau pun mahkamah telah menjatuhkan hukuman. Malahan TG Haji Hadi Awang mengeluarkan buku membincangkan bab Qazaf.
Tiba-tiba DS Anwar kata PAS sokong Tun Mahathir sebagai PM hingga PRU 15, sebagai usaha untuk hendak melindungi kes RM90 juta. Dahsyat.
Tidak sangka saya, pemikiran DS Seperti setengah pemimpin PH yang memang sudah tahu budaya politik fitnah mereka. Kalau marah kepada PAS jangan pula fitnah PAS isu RM90 juta. Carilah isu lain.
Sekarang SPRM sedang mencari bukti. Pejabat SPRM sentiasa terbuka. Sila bawa bukti. RM90 juta bukan RM90. Negara ada undang-undang.
Anak buah DS yang berdegar-degar tuduh ada bukti RM90 juta, sampai hari ini tidak muncul. Sudah hilang di alam ghaib.
DS pernah menjadi Menteri Kewangan sudah pasti arif prosedure kewangan. Tentu boleh akses maklumat daripada pihak berwajib mengenai duit RM90 juta.
Jangan buat malu bakal PM ke 8.
Idris Hj Ahmad
Naib Presiden PAS
19/2/19
Sunday, February 17, 2019
Anwar tersekat Untuk menjadi PM, Mahathir pukul anak sindir menantu
Saya percaya fokus utama perjumpaan Mahathir - Hadi semalam adalah untuk menyekat Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri.
Jadi mereka kena cipta satu kontroversi lain supaya Anwar tidak syak sesuatu yang luar biasa.
Maka lahirlah perjanjian politik yang menggemparkan. Semua orang bincang hal tersebut, terlupa agenda sebenar.
Ini macam main caturlah. Kita hendak checkmate Raja cara lain, tapi kita serang sebelah lain supaya pertahanan raja leka. 😂
PRK Semenyih bukanlah perkara penting bagi Mahathir, malah saya yakin Mahathir amat tahu keputusannya lebih 60% kemungkinan untuk PPBM kalah amatlah tinggi
Ini kerana PPBM bakal berhadapan sabotaj dari PKR. Malah DAP juga bakal bertindak sama dengan PKR. Ini terbukti apabila DAP menaja seorang calon Bebas berbangsa Cina bagi tujuan memecahkan undi DAP tahu dengan melarikan undi Cina agar tidak l00% memangkah calon PPBM maka amat mustahil PPBM akan menang kali ini.
Malah pemilihan calon PPBM juga telah pun menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pemimpin PH sendiri
Pastinya timbul persoalan dikalangan pembaca mengapa DAP dan PKR akan mensabotaj PPBM pada PRK kali inil?
Pertama Tun Mahathir dilihat tidak mempedulikan amaran DAP dan PKR agar jangan mengutip sampah dari kallangan YB UMNO. Malah kemasukan wakil rakyat UMNO kedalam PPBM menyerlahkan ketamakan Mahathir.
Kini persediaan Tun Mahaathir sebenarnya melangkau PRK Semenyeh. Tun telah bersedia dengan kemungkinan untuk menghadapi undi tidak percaya yang mungkin dibuat keatasnya oleh DAP dan PKR selepas PRK kali ini.
Dengan kekuatan yang dimiliki oleh PPBM disokong oleh orang orang Azmin Ali, PAS dan sebahagian sampah sarap yg ada didalam UMNO.
Pertempuran ini kian menarik ketika Anwar tidak putus putus menyatakan keyakinannya konon Mahathir akan mengotakan janjinya dan beliau akan bergelar PM ke 8.
Lagi pun DAP amat takut sekiranya pembubaran Parlimen dibuat oleh Tun Mahathir pada bila bila masa sekiranya kedudukan Tun Mahathir sebagai PM terancam..
.
Faham dah sepak terajang Mahathir?
Ia melangkau politik biasa biasa.
Tulisan
Rozmi Mokhtar
KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT : KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YAB PERDANA MENTERI
KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT
KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YAB PERDANA MENTERI
Setelah mendapat penjelasan daripada YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bersidang pada 17 Februari 2019 di Marang, maka saya dengan ini ingin memaklumkan bahawa:
1. PAS menyatakan pendirian tidak bertanding dalam PRK DUN Semenyih dan memberi laluan kepada wakil pembangkang, iaitu Barisan Nasional, dengan tahap komitmen serta kadar penglibatan yang berbeza keadaannya pada PRK Cameron Highlands.
Ini selaras dengan pendirian konsisten PAS yang meletakkan kepentingan Islam dan Melayu mengatasi yang lainnya di samping PAS mengekalkan hubungan dengan UMNO atas dasar perpaduan ummah dan solidariti pembangkang;
2. Perakuan bertulis yang berbentuk contoh (sample) diberikan sebagai komitmen sokongan PAS terhadap kepimpinan YAB. Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas dasar menjaga kepentingan agama, negara dan bangsa sehingga PRU15; dan
3. Persetujuan turut dicapai untuk menjalin kerjasama yang lebih baik berdasarkan semangat Federalisma di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan serta Terengganu, khususnya dalam hal berkaitan pentadbiran, pembangunan dan pemberian royalti.
Sekian untuk pemakluman.
Takiyuddin Hassan, JP.
Setiausaha Agung
Bertarikh: 17 Februari 2019 / 11 Jamadil Akhir 1440.
KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YAB PERDANA MENTERI
Setelah mendapat penjelasan daripada YB. Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS Pusat yang bersidang pada 17 Februari 2019 di Marang, maka saya dengan ini ingin memaklumkan bahawa:
1. PAS menyatakan pendirian tidak bertanding dalam PRK DUN Semenyih dan memberi laluan kepada wakil pembangkang, iaitu Barisan Nasional, dengan tahap komitmen serta kadar penglibatan yang berbeza keadaannya pada PRK Cameron Highlands.
Ini selaras dengan pendirian konsisten PAS yang meletakkan kepentingan Islam dan Melayu mengatasi yang lainnya di samping PAS mengekalkan hubungan dengan UMNO atas dasar perpaduan ummah dan solidariti pembangkang;
2. Perakuan bertulis yang berbentuk contoh (sample) diberikan sebagai komitmen sokongan PAS terhadap kepimpinan YAB. Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas dasar menjaga kepentingan agama, negara dan bangsa sehingga PRU15; dan
3. Persetujuan turut dicapai untuk menjalin kerjasama yang lebih baik berdasarkan semangat Federalisma di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan serta Terengganu, khususnya dalam hal berkaitan pentadbiran, pembangunan dan pemberian royalti.
Sekian untuk pemakluman.
Takiyuddin Hassan, JP.
Setiausaha Agung
Bertarikh: 17 Februari 2019 / 11 Jamadil Akhir 1440.
PAS hidu sesuatu tak kena, Kerjasama atas dasar pembangkang antara PAS-UMNO kekal - Takiyuddin
Surat perakuan bertulis berbentuk contoh yang diserahkan PAS kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah untuk menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Pengerusi BERSATU itu jika berlaku pengkhianatan daripada mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH).
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata PAS dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebelum ini menghidu seolah-olah sesuatu tidak kena akan berlaku dalam kerajaan hari ini.
Beliau berkata, ia berikutan kenyataan Dr Mahathir sebelum ini bahawa akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana parti komponen PH yang melakukan pengkhianatan kepada negara.
“Berdasarkan kenyataan Dr Mahathir itu, PAS melihat ia satu perkara yang merbahaya kepada negara. Oleh sebab itu saya sendiri mengusulkan surat akujanji bahawa apa-apa yang berlaku kepada Dr Mahathir atau kepimpinannya, PAS akan bersama beliau...itu jelas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung perakuan bertulis yang didedahkan Dr Mahathir selepas pertemuan antaranya, Hadi dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Takiyuddin, dalam kenyataan yang dikeluarkannya kepada media petang ini juga menyentuh perkara itu.
“Perakuan bertulis yang berbentuk contoh diberikan sebagai komitmen sokongan PAS terhadap kepimpinan Dr Mahathir atas dasar menjaga kepentingan agama, negara dan bangsa sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya.
Mengulas lanjut berhubung Akuan Bertulis itu, Naib Presidennya, Idris Ahmad, berkata dalam keadaan kerajaan PH masih gagal mengatasi banyak masalah berkaitan hal negara, tiba-tiba Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan berkenaan pengkhianatan parti komponennya.
“Maka PAS yang mempunyai 18 Ahli Parlimen akan memberikan komitmen untuk bersama-sama dengan Dr Mahathir untuk memastikan beliau terus memimpin negara ini sebagai Perdana Menteri, ” katanya.
Dr Mahathir, selepas pertemuan dengan pemimpin PAS di Yayasan Al Bukhary kelmarin, berkata pemimpin parti itu mengaku tidak akan menyokong UMNO dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.
Hari ini, Perdana Menteri berkata pemimpin PAS mengaku tidak akan menyokong BN dalam PRK Semenyih, kerana yang melawan UMNO ialah calon BERSATU dan bukan DAP.-BH
Thursday, February 14, 2019
Menteri PH buat hal Lagi - Berlakon untuk terus menipu Rakyat Petani
Salahudin ayub nangis teresak2 baca surat kelohan sorang petani yg elaun sara hidup di potong , bebanan kos hidup yg tinggi , susah nya kehidupan petani.
Kerajaan mana yg potong elaun petani ???....Jawapannya Kerajaan PH
Di zaman sapa kos hidup bukan saja petani tapi seluruh rakyat merasa kesan nya ????....Jawapannya sejak kerajaan PH pegang kuasa lah
Salahudin ayub tu sapa ???....Jawapannya dia ialah menteri pertanian di bawah kerajaan PH lah
Sapa yg bersalah dalam soal ini ???....Jawapannya Kerajaan PH lah....takkan nak salah kan najib dan tghh kot ....
Habistu kenapa menangis ???......Jawapannya saja gatal nak suruh orang simpati dgn dia lalu sokong PH .....
Adakah menangis nya menteri menepati maqasid syariah ????.....Jawapannya entah lah , bab maqasid tak maqasid kena tanya tim presiden pan ....
Kesimpulan ......masa jadi pmbangkang awak menangis sebab nak raih simpati suruh sokong PH dgn harapan utk bawa perubahan .....lepas dapat kuasa awak tak payah tunjuk gatal berlakon menangis lah ...melugai ngat aih .....kehidupan rakyat semakin susah angkara penipuan awak dan geng2 awak ....
Cukup2 lah politik berlakon nangis ni , buat kerja elok2 bantu rakyat .....awak dah ada kuasa tak payah nak salah kan sesiapa ....
Tiada Simpati terhadap penipu
Wednesday, February 13, 2019
Isu 90 Juta : Pas Kedah cabar pemimpin utama PAN Kedah serah bukti kepada SPRM
PAS Kedah mencabar Pengerusi PAN Kedah, Datuk Dr Ismail
Salleh mengemukakan bukti berhubung dakwaan exco Agama itu pernah melihat slip
transaksi bank membabitkan dana daripada UMNO ke akaun PAS. Sebagai pemimpin
utama PAN Negeri, beliau wajar menyerahkan bukti tersebut kepada pihak SPRM
untuk membuktikan tuduhan tersebut.
PAS Kedah memberi tempoh selama 72 jam untuk Dr Ismail
membuat laporan serta menyerahkan bukti kepada SPRM bagi membuktikan tuduhan
beliau dan layak memegang jawatan Exco Agama Negeri. Menjadi perkara yang
amat pelik mengapa dr Ismail tidak buat laporan ke SPRM yang didakwanya
menerima dana jutaan ringgit sejak tahun 2008, malah dikatakan Dalam tempoh
yang panjang.
Apakah kepimpinan tertinggi PAS akan berpeluk tubuh
sekiranya perkara itu benar-benar berlaku, kerana pada ketika itu Almarhum TGNA
masih ada,Transaksi jutaan ringgit bukan boleh disorok, apatah lagi dengan
jumlah yang besar cecah RM 90 Juta.
Sekarang Pun PH sudah menjadi kerajaan, gunakan lah kuasa
yang ada untuk siasat atau dedahkan supaya memudahkan pihak SPRM menyiasat
secara menyeluruh.
Laporan Polis : Pemuda PAS minta siasat Dana DAP-PH, Pengakuan IRI boleh menjadi bahan bukti ?
Sebelum ini ada individu tertentu mendakwa DAP dikatakan menerima dana berjumlah RM1.2 bilion dari Israel ? Institut Republikan Antarabangsa (IRI) iaitu sebuah badan pemikir berpangkalan di Amerika Syarikat berhubung kerjasama dengan parti pembangkang di negara ini sejak tahun 2002.
International Republican Institute (IRI) sebelum ini membuat kenyataan mereka lebih 10 tahun bersama parti pembangkang di Malaysia. Mungkin di situ berlakunya penyaluran dana hasil kepada parti politik terutamanya DAP ?
Dalam satu forum pada 17 Julai tahun lalu, Presiden IRI, Daniel Twinning dalam forum anjuran Centre For Strategis & International Studies mendedahkan, IRI bekerjasama untuk mengukuhkan parti pembangkang di Malaysia sejak 2002, menerusi dana National Endowment for Democracy (NED).
Twining berkata, selepas kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), beliau bertemu dengan pemimpin baharu Malaysia yang rata-ratanya pernah bekerjasama dengan IRI, manakala seorang pemimpin kanan yang berada dalam kerajaan memuji IRI yang tidak berputus asa terhadap mereka.
IRI memiliki kaitan dengan Parti Republikan menerusi Senator Amerika Syarikat (AS), John McCain yang menjadi pengerusi sejak 25 tahun lalu sebelum melepaskan jawatan
Dana politik RM1.2 billion daripada Israel : DAP perlu di siasat ?
Sehingga kini DAP masih belum melakukan
apa-apa terhadap dakwaan parti itu ditawarkan sebanyak RM1.2 bilion daripada
Israel. Jikalau sekadar dakyah semata-mata,
DAP sepatutnya sudah lama menyaman bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad
Razali Abdul Rahman yang mendedahkan `pembiayaan' Israel itu beberapa tahun
lepas.
Dan saman juga Dr. Zuhdi
yang buat pendedahan yang sama sekali lagi pada 29 Disember 2016. Namun
sehingga ke hari ini, DAP dilihat tidak peduli langsung.
Untuk makluman, dakwaan itu
dibuat oleh Mohamed Razali yang dikatakan telah terlibat secara langsung
dengan Israel dalam latihan yang diberikan. Beliau turut mendakwa, pakar
risikan Israel terlibat dalam melatih G17 atau kumpulan 17 pakar strategi DAP
yang diketuai Tony Pua dan Guan Eng yang sering ke Singapura menemui wakil
Kedutaan Israel.
Selain itu, DAP didakwa
ditawarkan dana sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada PRU-13 lalu oleh
Israel dan sebuah pangkalan tentera Israel baru akan dibina di Port Dickson
sebagai balasan, jika DAP berjaya menawan Putrajaya.
Mengapa sehingga ke hari
ini masih tidak ada sebarang tindakan saman ke atas Mohamed Razali?
Kalau benar Mohamed Razali
berbohong maka kita mahu Kit Siang kotakan kata-kata beliau yang akan
menyaman sesiapa sahaja berhubung dakwaan DAP ditawarkan sebanyak RM1.2 bilion
itu.
DAP tiada cara lain untuk
membersihkan tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana
sudah lebih tujuh tahun DAP mengelak menjawab tuduhan itu. Tiada penafian yang
jelas dari kepimpinan tertinggi DAP.
DAP harus mendedahkan
butiran penerimaan derma yang cukup banyak itu kepada pengetahuan rakyat.
Sekarang giliran DAP pula tampil untuk disiasat tentang tuduhan di atas ini
setelah Laporan Polis telah dilakukan oleh orang awam.
Pihak berkuasa samada PDRM ataupun SPRM perlu menunjukkan
intergriti serta telus Dalam menyiasat tentang Dana RM 1.2 Billion daripada
Israel yang diterima oleg DAP sepertimana laporan polis yang telah dibuat
sebentar tadi.
Rakyat juga perlu tahu apa yang sebenar telah dilakukan oleh DAP
dan sekutunya serta tidak mahu bersekongkol dengan sebuah parti yang ada
hubungan dengan Israel.
Sekarang giliran DAP Akan Disiasat Mengenai dana politik dari Israel ?
Dakwaan bahawa DAP pernah menerima dana asing termasuk dari Israel adalah tuduhan yang serius kerana membabitkan keselamatan negara dan pihak berkuasa perlu segera menyiasat perkara tersebut.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan terhadap Pas berhubung dakwaan menerima wang RM90 juta, perkara sama perlu dibuat terhadap DAP.
Kata beliau, langkah Pemuda Pas membuat laporan polis berhubung kes itu di seluruh negara hari ini adalah tepat dan pihak berkuasa diharap dapat memberi perhatian sewajarnya terhadap laporan mereka demi kebaikan semua pihak.
“Apabila ada dakwaan bahawa DAP menerima sumbangan RM1.2 bilion dari Israel, pada pandangan saya, ini lebih serius lagi sebab Malaysia tidak pernah ada hubungan diplomatik dengan Israel.
“Kalau dakwaan ini betul-betul berlaku, ia benda besar yang ada kesan dari segi keselamatan dan kedudukan negara. Sebab itu eloklah Pemuda Pas buat laporan polis,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Pas Kelantan, di sini hari ini.
Terdahulu pagi ini, Naib Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi menemani seorang ahli parti, Mohd, Suhaizi Kadir membuat laporan terhadap DAP berhubung perkara tersebut.
Ahmad Fadhli berkata, Pemuda Pas hari ini tampil membuat laporan polis berhubung perkara sama di seluruh negara dan sehubungan itu, siasatan terhadap DAP perlu dibuat segera lebih-lebih lagi parti itu kini sebahagian daripada parti pemerintah negara. - UO
PAS sudah menyerahkan semua penyata akaun kepada SPRM
PAS dengan ini mengesahkan telah mengemukakan atas permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semua Penyata Akaun Bank PAS Pusat. Ini adalah selaras dengan pendirian tegas PAS apabila SPRM memulakan siasatan setelah ada pihak membuat aduan kononnya PAS telah menerima sogokan RM90 juta daripada 1MDB.
Penyata Akaun-akaun PAS Pusat yang diserahkan itu bermula dari tahun 2015, iaitu sebelum tarikh artikel mengenai dakwaan sogokan RM90 juta tersebut (Ogos 2016) sehinggalah yang terkini.
PAS yakin dengan mengemukakan dokumen-dokumen terpenting tersebut membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan mereka dengan bebas, telus dan profesional. SPRM juga pastinya akan mengumumkan hasil siasatan mereka kerana semua pihak yang berkepentingan sudah lama menantikannya.
PAS mengharapkan selepas selesainya isu ini, semua pihak tidak lagi membazirkan masa dan pemikiran ke atas perkara yang tidak menguntungkan sebaliknya menumpukan perhatian dan usaha ke arah membangunkan negara dan rakyat.
Terima kasih.
DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Husam Musa ‘SAKSI UTAMA’ Kes Kontroversi RM90 Juta yang masih belum tampil ke SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertemu dan mengadakan mesyuarat dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini untuk membincangkan bagaimana untuk meneruskan kes RM90 juta ini.
Pakatan Harapan, khususnya PAN a.k.a. Amanah, cuba elakkan dari Ambiga Sreenevasan menghadapi tuduhan mahkamah. Tetapi Clare Rewcastle Brown telah mengeruhkan keadaan dengan menamakan Ambiga sebagai sumbernya. Jadi, salah seorang akan dijadikan mangsa korban samada Ambiga atau pun Clare.
Amanah mengarahkan Husam Musa untuk memberi keterangan dan melaporkan kepada SPRM bahawa dialah yang memberitahu Ambiga yang Najib menderma RM90 juta kepada PAS dan beberapa pemimpin parti. Itulah sebab kenapa tiga hari lepas SPRM mengumumkan bahawa Husam adalah salah seorang yang akan disoal siasat berkaitan dengan derma RM90 juta itu.
Husam akan memberitahu kepada SPRM, masa rundingan RM90 juta itu berlaku, dia masih pemimpin PAS dan dia juga terlibat dalam rundingan tersebut.
Tapi Husam meninggalkan parti pada April 2016 dan, menurut Clare pula, transaksi RM90 juta itu terjadi pada Jun 2016, dua bulan kemudiannya.
Sekarang, mereka cuba untuk mendapatkan garis masa (time line) yang betul dan tepat. Jika tidak, mereka akan menghadapi masalah yang sama dalam kes liwat Anwar Ibrahim, di mana Anwar telah dipertuduhkan meliwat Azizan Abu Bakar di dalam sebuah bangunan yang masih belum di bina lagi.
PAS akan menunggu testimoni dari Husam dan sebaik sahaja dia mengesahkan bahawa dia akan menjadi saksi utama, akan ada saksi memberi keterangan bahawa Husam dibiayai oleh sindiket perjudian Cina semasa dia masih lagi ahli PAS. Saksi itu telah tampil menawarkan diri untuk menandatagani surat sumpah bahawa Husam telah dibiayai oleh Sindiket perjudian cina lebih dari tiga dekad.
Husam juga terlibat dengan seseorang pemimpin Umno yang sekarang ini menghadapi tuduhan jenayah. Pemimpin Umno ini adalah proksi kepada sindiket perjudian Cina ini dan diketuai oleh sekutu yang sangat rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan yang memiliki 50,000 buah mesin slot di seluruh Malaysia.
Perniagaan judi mesin slot ini adalah satu industri yang jumlahnya berbilion-bilion ringgit dan Husam menerima pembiayaan dari sindiket ini semenjak tahun 1980an lagi. Jika Husam mengistiharkan bahawa dia terlibat dalam rundingan derma RM90 juta dari Najib, PAS akan mengeluarkan isu sindiket judi yang membiayai Husam selama tiga dekad.
Isu ini semakin hari semakin menarik dan ianya akan berakhiri dengan siapa yang kecut dulu. Adakah Husam atau pun PAS. Mengenali Husam, berkemungkinan besar dia yang akan mengalah dan ‘back down’. Perkara yang terakhir yang patut dielakkan adalah parti yang mengelarkan diri mereka parti Islam, dimana pemimpin mereka yang penting itu didedahkan terlibat dalam sindiket perjudian. - Malaysia Today
Pas desak siasat dakwaan DAP terima dana asing
Dana asing yang didakwa diterima oleh DAP merupakan perkara yang serius dan membimbangkan kerana mengancam keselamatan negara.
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, perkara itu telah lama didedahkan di dalam blog-blog dan juga portal-portal.
"Yang mendedahkan berkait dengan dana asing yang diterima oleh pihak DAP melalui beberapa agensi ataupun badan-badan yang berkait dengannya.
"Ianya adalah satu perkara yang sangat besar dan mengancam keselamatan negara, yang perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Negeri Terengganu, di sini, hari ini sejurus membuat laporan berkaitan dana asing yang didakwa diterima oleh DAP.
Tindakan membuat laporan polis tentang dana asing yang diterima DAP berkenaan, menurutnya telah diadakan serentak di seluruh negara.
"Jadi dengan 'report' yang dibuat pada hari ini pihak berkuasa hendaklah mengambil satu tindakan yang tegas, menyiasat apa yang berlaku ini.
"Bukan sahaja menyiasat daripada parti pembangkang khususnya PAS yang baru ini disoal siasat oleh SPRM, tapi ini kes yang lagi serius, mengancam keselamatan negara," jelasnya.
Menurutnya lagi, apa yang diharapkan adalah pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk menyiasat DAP secara khususnya.
"Yang kita dedahkan dalam report ini, (DAP) mendapat dana yang mengandungi jumlah yang tertentu.
"Tidak pasti jumlah banyak mana. Tetapi sebagaimana yang didedahkan, di mana perlu disiasat dengan segera oleh pihak berkuasa," tegasnya
Mengenai bentuk tindakan bagaimana yang diharapkan oleh Pemuda PAS, beliau menyatakan ianya adalah mengikut lunas undang-undang untuk diserahkan kepada pihak berkuasa
"Yang penting melalui proses disiasat terlebih dahulu kemudian kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya.
Menurutnya perkara berkenaan sudah lama didedahkan sejak sebelum PRU 14, bahkan telah berlangsung kemungkinan setahun dan dua tahu yang lepas. - HD
Subscribe to:
Posts (Atom)