Search This Blog

Thursday, October 11, 2018

Oktoberfest / Pesta Arak : PAS tidak haling arak kepada bukan Islam



Parti Islam (PAS) tidak mengharamkan atau menghalang masyarakat bukan Islam minum arak. Sebaliknya, hanya meminta supaya tidak mengadakan sebarang pesta arak secara terbuka. Tetapi, pesta arak atas nama Malaysia dan dibuat secara terbuka tidak mencerminkan keberadaan Islam sebagai agama rasmi Negara

Semua pihak perlu menghormati adat agama dan kepercayaan masing-masing dan mengekalkan semangat toleransi yang diamalkan sejak sekian lama. Bantahan diutarakan adalah kerana ekoran kesan negatif arak kepada masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa seperti pergaduhan, penceraian, kemalangan dan sebagainya. Sepertimana yang dimaklumkan semua kitab-kitab suci agama Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh juga melarang keras meminum arak.

Kalau orang Islam boleh hormati orang bukan Islam untuk minum arak, maka orang bukan Islam juga harus sedia menghormati hak orang Islam yang amhu mengamalkan ajaran Islam.

Umat Islam dewasa ini sangat menjunjung tinggi dan sensitiviti terhadap agama dan akidah mereka. Kami amat menghormati semua amalan masyarakat minoriti bukan Islam, tetapi jangan sampai melanggar ketenteraman dan mencabar kepercayaan serta amalan masyarakat majoriti dalam negara ini