Mengapa kerajaan mahu melaksanakan perkara yang sama selepas dirinya sering dikritik sebelum ini kerana kaedah yang diamalkan semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) kononnya menyusahkan rakyat.
“Dulu bukan selalu kritik saya bahawa harga minyak bertukar setiap minggu tidak baik dan menyusahkan rakyat ?

“Bukan satu daripada 10 janji manifesto (PH) 100 hari itu untuk menstabilkan harga minyak ? sekarang mahu buat sama dengan kerajaan BN pula ? BN baik juga, ke ?

Terdahulu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan memaklumkan, kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Januari depan.

Kata beliau, kerajaan juga akan menukar kaedah penetapan secara bulanan di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM) kepada penetapan secara mingguan dalam keadaan harga minyak dunia yang menurun ketika ini.

Jelas Guan Eng, penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan akan dilaksanakan mulai 1 Januari depan bagi membolehkan pengguna menikmati perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di pasaran dunia.
Semalam, bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mahu kerajaan menyemak harga petrol secara mingguan, sekali gus membolehkan harga RON95 turun sebanyak 20 sen seiring dengan kejatuhan harga minyak dunia.
Sabtu lalu, Najib mendakwa kerajaan Pakatan Harapan telah mengenakan cukai sebanyak 30 sen seliter ke atas petrol RON95, sejak awal bulan lalu.
Kata beliau, berdasarkan harga Brent semasa iaitu sekitar AS$52 setong, harga petrol RON95 sepatutnya dikenakan antara RM1.90 sehingga RM2.00 sejak sebulan lalu berbanding harga pada ketika ini iaitu RM2.20.