Search This Blog

Sunday, May 27, 2018

12 manifesto ph yang telah dilaksanakan dalam masa 2 minggu:

1. gst dikaji... 

2. tol dikaji..
3. ptptn dikaji..
4. menteri dapat jadi imam zohor...
5. dapat naik jet satu famili..
6. kes mahkamah digugurkan..
7. minyak tidak membebankan rakyat..
8. harga ayam semakin mahal..
9. kesemua kesalahan disucikan..
10. projek yang dikatakan menelan belanja yang tinggi diteruskan dengan ditambahkan kos..
11. brim yang dianggap rasuah diteruskan..
12. pekerja kontrak kerajaan diberhentikan.

tahniah kepada yang mengundi ph kerana menjadikan malaysia baharu..

AYAT SELAMAT PENYOKONG PH.."TAKKAN KAWIN HARI INI ESOK DAH DAPAT ANAK"....HAHAHAHA

10 JANJI, 100 HARI PAKATAN HARAPAN "BOLEHLAND".

Mari Kita Lihat, dalam 13 Hari selepas Pakatan Harapan Pegang Kerajaan Baru PH, apa yang telah dicapai Oleh Kerajaan Baru PH ini.😏

➡️ 1) GST 0% tapi di ganti dengan SST 10% bermakna harga barang akan jadi mahal lagi 4% dari harga sekarang .
➡️ 2) BR1M masih ada tapi tiada lagi untuk orang bujang. Jumlah penerima dari 7 juta turun ke 2 juta penerima sahaja. Jumlah pun rm300 sekali beri jer.
➡️ 3) Harga minyak terus kekal dengan cara sekarang tak boleh lagi nak turunkan dengan subsidi supaya jadi rm1.50/ liter. Kena buat kajian dulu, berapa lama nak kaji, "Tak Tahu". Janji hari ini menang besok turun hanya kempen jer.
➡️ 4) PTPTN masih macam dulu. Awak Hutang, Awak Bayar.
➡️ 5) Negara tak jadi Bankrap sebab ada rezab Rm430B.
➡️ 6) Hutang Negara berjaya di naikkan kepada Rm1 trillion dari 800B dalam masa seminggu ambil alih Kerajaan Baru PH;Bagaimana dan Darimana, "Tak Tahu".
➡️ 7) Kes Mahkamah ke-atas pemimpin PH spt kes LGE sedang dalam proses di gugurkan.

➡️ 8) ECRL diteruskan dan Bajet naik dari RM55 B kepada RM 66 B. Jumlah kenaikan 11B tak diberitahu dari mana.

➡️ 9) Kilang Lynas diteruskan dulu walaupun janji nak Tutup dulu sebab radiasi sebaik ambil alih Kerajaan.

➡️ 10) Penjawat awam dan kontrak sudah ada yg di tamatkan kerja.

➡️ 11) Agensi yang berkepentingan Bumiputera/Melayu seperti MARA di kaji semula.

➡️ 12) Konsep pengswastaan akan di laksanakan semula.

➡️ 13) PERMATA yg selama ini dikutuk dan dikatakan Membazir serta tempat menyelewengkan duit kini diteruskan, dan diambil Kredit oleh Kerajaan PH.

➡️ 14) lain2 janji juga sedang di kaji.....Bila nak siap Kaji, "Tak Tahu"...

Setakat ini yang mampu dilaksanakan adalah menurunkan papan tanda 1MALAYSIA dan menggelidah rumah DS Najib dan Ketua Pengarah SPRM Lama yg diambil semula masih dalam truma sebab ada ancaman terhadap diri dia ...

Rakyat pening memikir adakah undang2 di negara ini boleh dipercayai tiada campurtangan politik?

Apapun tahniah kepada yang memilih Kerajaan baru, Jangan salahkan takdir kerana itu kehendak kalian.
Teringat pesanan orang tua2 .....
Orang bodoh adalah makanan orang cerdik yang jahat!

Wednesday, May 23, 2018



Ini Padahnya Undi Ikut Emosi & Persepsi


Selepas dua minggu Malaysia ditadbir oleh kerajaan baru Pakatan Harapan (PH), tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masih tidak ada satu langkah yang dilaksanakan kerajaan terus dapat dirasai oleh rakyat.
Sepuluh janji utama yang akan dilaksanakan dalam masa 100 hari pun menurut kerajaan PH akan mengambil masa lama. Hari ini sudah 13 hari, ada lagi baki 87 hari untuk kerajaan PH tunai janji.
Bagi penjawat awam, ada satu berita gembira pada mulanya akan dinikmati mereka pada 1 Julai iaitu satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) untuk semua seperti diumumkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 4 April lepas.
Sekarang ini, berita baik itu pun sudah jadi samar-samar kerana ia sudah pun diumumkan akan ditentukan semula oleh kerajaan baru.
Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata pengumuman yang dibuat oleh Najib kini terpulang pada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad untuk ditentukan kemudian.
"KGT itu adalah janji (kerajaan) dahulu, sekarang kita serah kerajaan baru untuk tentukan. Kita ikut manifesto kerajaan sekarang.
Semakin pudarlah harapan rakyat dan penjawat awam untuk dapat merasakan khabar berita yang langsung untuk rakyat selepas PH diundi untuk memerintah Malaysia. Tempoh masa untuk rakyat merasa buah tangan pilihan raya yang lepas semakin panjang.
Cukai GST entah bila akan dimansuhkan sama sekali, harga minyak entah bila akan turun, kenaikan BR1M yang diumumkan Najib juga tidak ada khabar berita.
Yang benar-benar berlaku ialah, ramai kakitangan awam diberhentikan kerja yang datang dari pelantikan secara kontrak. Ada 17,000 pekerja kerajaan dalam kumpulan berkenaan akan melalui masa depan ketiadaan pekerjaan.
Ribuan pekerja ICU dibuang minggu lepas, ratusan pekerja JPM dipecat serta merta dalam satu taklimat minggu lepas dan 3,600 guru mengajar KAFA di Kelantan juga kena buang.
Ribuan kakitangan JASA akan kena "terminate". Perdana Menteri tidak berhak membubarkan JASA kerana JASA ditubuhkan dengan titah Yang Dipertuan Agong pada 1958 dengan nama BHEK.
Tujuan asal penubuhan BHEK adalah untuk memelihara dan mempertahankan kestabilan politik, agama dan Kerajaan;
Pada akhir 1960, BHEK ditukarkan kepada Cawangan Hal Ehwal Khas (CHEK) dan masih di bawah Jabatan Perkhidmatan Penerangan. Pada 15 Mac 2000, Mesyuarat Jemaah Menteri meluluskan penubuhan Jabatan baru di bawah Kementerian Penerangan Malaysia dengan menaikkan taraf CHEK sebagai Jabatan Hal Ehwal Khas (JHEK) yang kemudian ditukar nama kepada JASA pada 2004.
Jangan kerana nasihat DAP, maka JASA dibubarkan. Jangan kerana nasihat DAP, maka SPAD yang punyai ribuan pekerja dibuang. Siapa hendak pakai baju uniform SPAD itu selepas ini? Bagi guru guru lah pakai uniform itu, boleh berjimat sikit.
Potong 10% gaji menteri hanyalah retorik dan wayang sahaja. Kalau gaji RM22,000, ada 14 orang menteri, baru jimat RM30,800 sebulan. Setahun baru jimat RM369,600, hendak bayar hutang 1 trillion macam mana? Tidak efek pun.
Menjelang Hari Raya, kenaikan gaji tidak dapat, harga minyak tidak turun tapi dikekalkan, GST tidak dimansuh tapi baru mahu cari cara penyelesaiannya. Buang 6%, dapat 10%. Itu yang rakyat nak?
Yang jadi mangsa dek kerakusan nafsu PH hendak jadi kerajaan ialah rakyat yang mengundi mereka. Beribu hilang kerja dan kenaikan gaji pula ditangguhkan.
Kerajaan PH kena ingat, duit yang ada dalam kantung negara sekarang adalah hasil usaha Datuk Seri Najib. Berbillion, pelabur sudah tarik keluar pelaburan di Malaysia. Saham jadi tidak menentu. Apa hasil yang kerajaan PH baru bawa sekarang?
Proton yang dulu kata China jajah, sekarang kekal sama. ECRL yang dulu kata gadai negara, kini masih sama. Jadi apa yang sudah diselamatkan? Ramai kena buang adalah. Ketua ketua kampung yang dapat RM1200 sebulan tidak lagi dapat nikmat itu. BR1M pun belum tentu dapat lagi Jun ini.
Undilah lagi ikut emosi, inilah padahnya.
Luahan,
Penjawat Awam Yang Kena Buang

Sunday, May 20, 2018

54,000 Ekar: Mahathir Jual Negara Kepada Singapura

Pada 24 November 1990, Mahathir menandatangani perjanjian untuk membenar Singapura mengambil-alih tanah Johor seluas 54,000 ekar (216 kilometer persegi) untuk membina empangan di Sungei Linggiu.
Singapura hanya perlu membayar RM320 juta ganti-rugi (for permanent loss of use of the land), premium tanah RM388 juta dan sewa tahunan RM30 untuk setiap 1,000 kaki persegi.
Di bawah perjanjian ini, Singapura juga dibenarkan untuk mengambil air tanpa had dari Malaysia.
54,000 ekar (kesemua sekarang milik Singapura) bersamaan dengan 16 kali ganda saiz Forest City, 88 kali ganda saiz Melaka Gateway dan 7.2 kali ganda saiz Taman Perindustrian Malaysia-China-Kuantan (yang kesemua milik majoriti Malaysia).
Kalau Najib yang bikin perjanjian macam ini dengan Singapura, tentu Mahathir dan gengnya akan meroyan tanpa arah. Sejuta gambar propa akan wujud kononnya Najib jual negara ataupun
Najib hamba Singapura. Tetapi, yang bikin ini ialah Mahathir – bukan Najib.
Siapa sebenarnya yang jual negara? Siapa yang sudah gadaikan tanah negara yang sebesar 216 kilometer persegi kepada negara asing?

Skandal Songlap Mega Era Mahathir Tiada Siapa Siasat


MUNGKIN lucu dan pelik apabila sepanjang 22 tahun pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad langsung tiada siapa pun berani mahu menyiasat pelbagai penyelewengan negarawan tersebut.

Meskipun isu panas itu sering dibangkitkan pembangkang termasuk otai DAP sendiri, Lim Kit Siang sama ada ketika berceramah politik atau perbahasan di Parlimen, akhirnya skandal mega berkenaan senyap begitu sahaja.
Siapa boleh membuktikan wang rakyat digunakan untuk bailout atau menyelamatkan Perwaja Steel Berhad benar-benar diberi kepada syarikat keluli terbesar nasional itu dan telah digunakan seperti yang dipohon pihak tersebut.
Pernahkah Perwaja disiasat secara telus sebagaimana dilakukan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen begitu gigih menyiasat aliran dana oleh sayap pelaburan strategik kerajaan Malaysia iaitu 1MDB?
Bayangkan sejumlah RM9 bilion diperuntukkan untuk Perwaja dan kesemua dana itu terhapus hangus begitu sahaja ketika era sekeping tiket wayang filem masih berharga RM1.20 dan sebungkus nasi lemak pun bernilai 50 sen.
Ketika Proton pernah dahulu memohon dana kerajaan berjumlah RM1.5 bilion, ia disertai dengan ‘kertas kerja’ yang menyatakan sebab apa jumlah itu dipohon dan bakal digunakan untuk apa lengkap butiran sebelum diluluskan.
Lucunya konon untuk membayar vendor tetapi setelah jual kereta pun Proton masih mahu wang bantuan untuk membayar vendor. Siapakah bijaksana di tampuk Proton sebagai ‘diktator’ ketika itu? Semua tahu jawapannya.
Ia kegagalan mutlak, tetapi tidak dianggap jenayah seperti 1MDB kerana tiada siapa mahu jatuhkan siapa ketika itu, walau sudah 30 tahun Proton wujud, tidak mengapa, kerana ia memberi banyak pekerjaan sebagai alasan logiknya.
Dalam erti kata lain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya boleh ‘buka’ lagi 10 buah kilang kereta dengan kesemuanya rugi tetapi itu tidak mengapa kerana memberi peluang pekerjaan kepada penganggur.
Namun, sebelum RM1.5 bilion diberi, dianggarkan RM13 bilion telah diberi sebagai bantuan selama ini, namun Proton masih memerlukan suntikan dana sehingga hari ini malah kurang menguasai pasaran automotif tempatan.
Maka dengan suntikan dana tambahan tetapi jualan tidak lagi menggalakkan, tentu ramai ingin tahu ke manakah perginya semua wang rakyat hasil daripada jualan kereta yang sudah mencecah jutaan unit itu sejak sekian lama?
Persoalan, pernahkah disiasat apakah sebenarnya dibuat dengan wang suntikan diberi sebelum ini? Jawapannya, tidak pernah pun disiasat oleh pihak ketiga seperti PAC dan sekadar berakhir dengan cakap politik kedai kopi!
Lebih kelakar, untuk isu terkini susulan pendedahan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) berhubung skandal songlap mega Bumiputera Malaysia Finance (BMF) era 1980-an, Mahathir seperti ‘terkedu’ memberi dalih.
Beliau selamba dilaporkan oleh akhbar popular berbahasa Inggeris The Star hanya menjawab dengan menyatakan “I was not responsible for BMF’s “missing millions” (Saya tidak bertanggung jawab untuk kehilangan jutaan BMF itu).
Begitulah mudahnya Mahathir ‘lepas tangan’ walhal masuk akalkah ketika negara belum mewah seperti hari ini namun segumpal wang beralih ke tangan pihak lain tanpa pengetahuan beliau sebagai perdana menteri waktu itu?
Itu kata Mahathir, tambah lagi memang ada laporan menyatakan siasatan pernah dibuat, namun sedalam mana ia pernah disiasat dan dari sudut mana disiasat pun sebenarnya boleh dipersoalkan dari segi tahap integriti.
Kita boleh lihat betapa kes besar wang rakyat beralih ke pihak bukan bumiputera dari bank milik bumiputera tetapi pihak penyiasat hanya hantar seorang sahaja juruaudit dan kemudian dibunuh misteri, seolah-olah mahu tutup kes.
Inilah ‘bau najis’ zaman Mahathir memerintah yang waktu itu belum lagi ada media sosial dan aplikasi gajet pintar untuk penyebaran maklumat waima rakyat dikongkong cuma mendapatkan berita daripada media arus perdana.
Belum lagi isu kerugian tukaran wang asing dianggarkan berjumlah RM30 bilion yang diarahkan Mahathir terhadap Bank Negara Malaysa. Benarkah forex loss atau paper loss atau sebenarnya tiada loss seperti mana dinyatakan?
Pernahkah PAC atau Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) siasat kerugian bank pusat itu? Atau adakah ini juga sandiwara Mahathir sahaja kerana wang itu telah dilesapkan secara senyap.
Kita boleh andaikan pelbagai alasan kerana ia belum pernah disiasat bahkan kita juga boleh jadikan semua skandal zaman Mahathir dahulu sebenarnya seumpama kes 1MDB. Cuma yang bezanya isu 1MDB jauh lebih telus!
Rakyat sebenarnya boleh juga menukarkan terma isu kesilapan perniagaan era Mahathir kepada istilah jenayah komersial dan penyelewengan duit rakyat. Ia bergantung kepada siapa yang ‘busuk hati’ untuk melakukannya.
Ketika MAS dibeli semula dalam keadaan uzur, miskin dan daif daripada kroni Mahatir, Tan Sri Tajuddin Ramli, ia dipaksa dijual dengan harga ‘bodoh’ iaitu RM8 sesaham walhal harganya ketika itu cuma sekitar RM3 sahaja.
Siapalah yang bodoh mengarahkan syarikat penerbangan kebangsaan itu diserahkan kepada individu, dan si bodoh mana pula yang arah beli semula setelah ia habis dipunahkan serta ditanggung oleh pentadbiran selepas Mahathir?
Beli semula konon atas nama ‘kepentingan negara’ dengan menggunakan wang rakyat, apa kejadahnya, kerana ia jelas terbukti menyerahkan kepada kroni sendiri namun diubah atas nama apa? Tanggung jawab sosial korporat?
Mahukah Najib sendiri buka semula kes ini dan menyenaraikan ia sebagai kes jenayah komersial dan bukan kes kesilapan perniagaan. Untuk makluman sebagai perbandingan, isu 1MDB hanyalah contoh kes perniagaan biasa.
Jika ada silap pun, ia cuma keputusan akibat kesilapan perniagaan semata-mata seperti isu Temasek di Singapura, tetapi akibat ada individu ‘busuk hati’ mahu guling Perdana Menteri, maka ia dijadikan seolah-olah kes jenayah.
Kini, terdedah kesemua kisah lampau Mahathir, apabila tindakan bodoh dan keputusan bodoh telah dibuat pada zaman rakyat ‘bisu dan buta’ maklumat. Peliknya, skandal era Mahathir belum pernah pun ada siasatan terperinci.
Dan paling menjadi persoalan, adakah dengan menjatuhkan semua Perdana Menteri dengan kadar satu penggal konon adalah untuk menyelamatkan ‘tengkuk’ diri sendiri kerana ketakutan hal lampau sebegini akan timbul.
Maka perlu sangat dan memang logik untuk beliau segera menaikkan zuriat sendiri sebagai Perdana Menteri supaya berasa lebih selamat daripada hal ini semua dibongkarkan dengan menggunakan kuasa khas Perdana Menterinya.
Nampaknya titik-titik hitam zaman Mahathir yang konon dianggap sebagai gah gemilang dahulu tetapi kini sudah boleh dicantumkan untuk dijadikan ia sebagai satu garisan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
*Musibah : Status agama di padamkan*
Ketentuan tu memang haq Allah semata2... Manusia memilih. Apabila komplen, agama mudah2 nak tukar dlm IC.. ramai pulak muslim yg duk bela tak abih2. Celaru sungguh pemikiran mereka. Budaya begini tidak boleh dibiarkan. Dgn akal sebegini, mungkin akan byk kes yg akan terjadi.. mujur masih belum ada undang2 membenarkan.... Hindar, cegah...
Kalau ngn org kapir lembut lidah, dgn bangsa sendiri, sedara diri serba tak kena. Nak jaga keimanan muslim muslimat dgn wujudkan suasana dan peraturan kondusif pun di tentang.
_Lawanlah samada benci dngan hati, lawan ngn mulut atau lawan dngn kudrat.. ikutlah keupayaan diri dan tahap keimanan masing2. Songsang snggguh tindakan kita, kehendak kapir buleh pulak kita husnuzhon, tetapi dgn muslim debat sampai sudah._
Org islam perlu ambik maklum perubahan yg akan memudaratkan org islam kmudian hari. Wajib ambil cakna dan prihatin. Agama akan semena2 di tukar. Bagaikan barang dagangan, tiada nilai tiada maruah. Islam tidak begitu.
Perubahan dan kelulusn usul ini menjurus kpd muda-mudi islam yg jiwa tdk kental , iman lemah akan tergugat.. sayugia usul ini terus di tolak agar tdk memudahkan muslim yg lemah tukar agama. Dakwah perlu berjalan seiring dgn penguakkuasaan undang2... Kita ambik contoh khalwat sudah... Kalau jbtan agama tdk kuatkuasakan, kemungkinan besar hotel2 penuh dgn muslim muslimat sedang berkhalwat. Zina akan berleluasa. Itulah perlu kpd undang2 utk pencegahan di smping dakwah kentalkan iman secara bersepadu.
Penguatkuasa perlu peraturan dan akta untuk bertindak... Itulah sebab kalau usul tu d benarkan muda mudi islam mudah tukar agama... Jika takdak dlm peruntukkan permohonan mereka boleh d tolak dan jalani kaunseling akidah. Tukar akidah jgn main2... Hakikat tanpa ragu2 usul ini wajib di tolak utk menjaga maruah islam dan muslim sekelian.. Mana2 pihak yg berhajat tukar cepat2 di hantar kaunseling akidah. Bukannya permohonan terus d luluskan kerana sudah ader rang undang2 tukar agama.
Justeru, bersama2 kita kempen tolak usul ini walaupun masih dalam ura2 lg.. jgn membenihkan sesuatu kerosakan d masa akan dtg. Galakkan kempen dn bg kesedaran kpd anak2 muda kita.. jgn bersikap acuh tak acuh kerana musuh hanya menunggu kelalaian kita shj... Nak matikan islam , hanya perlu lemahkan jihad dan jati diri dlm setiap muslim muslimat.
Umat islam tidak boleh lgi bersikap sambil lewa dan asyik dengan ucapan takpa, takper, alasan Sultan kan ader, Agong kan ader, ... agama islam masih agama rasmi negara... mana mungkin depa akan jadi boss... walhal umat islam sejengkal demi sejengkal mengikut mereka tanpa sedar. Nau'zubillah.
Waspada. Cakna dan ambik peduli.
Wallahua'lam.
Ex-Jebonesta
20/05/2018

Saturday, May 19, 2018

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!

Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.

Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.

Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar.

Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.

Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.

Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?

Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan, putar belit serta hasutan dimainkan begitu meluas dengan mengetepikan ajaran islam kerana nafsu mengatasi segalanya.

Buruknya pemimpin kerana buruknya rakyat dan rosaknya pemimpin kerana kebodohan rakyat.

Pasti bukan kerana apa yang madey dan kuncu2nya berkata negara akan bankrap, Najib menyamun harta rakyat, Najib menzalimi rakyat dengan GST,  ekonomi negara meleset teruk, Najib menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga minyak....

Tapi jawaban sebenarnya, MAHATHIR KEMARUK DUNIA..BUKTINYA BAPA PM ANAK MB...

FAKTA TERTIBA KINI:

Ekonomi Malaysia Stabil

Rezab Negara RM430 Billion, tertinggi dalam sejarah negara

Apungan harga minyak kekal seperti biasa sehingga menjumpai mekanisme baru

Tol tidak dihapuskan kerana masaalah penyelenggaraan

Pelaburan China, ECRL bagus dan diteruskan

Astaghfirullahal adzim...

Selama ni FITNAH rupanya..
Fitnah modal melonjak di tampuk kuasa..

Lupa peringatan Allah..

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Kasihan DS Najib..

Semoga Kita Semua dijauhi Azab dan Bala Allah
Jangan berhenti utk menuntut apa yang Rakyat mahukan ?


janji GST yang pada awalnya dikatakan perlu lebih 100 hari namun hasil desakan rakyat ia terpaksa dibuat 0% segera.

mahathir umum PM juga menteri pendirian bertentabgan Janji PM tidak pegang dua jawatan akhirnya hasil desakan PM hanya pegang satu jawatan sahaja.

Kini rakyat perlu terus mendesak tunai janji demokratik lantikan Ketua SPRM, Ketua Hakim, Peguam Negara wajib melalui proses parlimen (jkuasa khas)

SPRM yang bebas di nanti utk dihantar banyak kes Dan dokumen korupsi.
Desak juga TPM tidak pegang dua jawatan begitu juga yang lain. MB jadi Menteri kabinet adalah tak wajar.

Jangan lupa desakan siasat dan rampas harta Taib Mahmud juga jangan kerana dia mengadap Mahathir semua jadi halal. Sarawak teringat banyak segi kerana Taib merompak hak rakyat.
Tunggu juga minyak murah, tol tutup Dan barang keperluan murah

Rakyat Hakim Negara !

Badrul Hisham Shaharin
Manifesto PH : Mereka mungkir janji
Di dalam Buku Harapan, Janji 14 iaitu 'Mereformasikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dan Memperkasa Usaha Membanters Jenayah', Kerajaan PH telah berjanji bahawa,
Untuk memastikan semak seimbang yang efektif, bilangan Persuruhjaya SPRM akan ditambah dengan mewujudkan kuota untuk pertubuhan masyarakat sivil menjadi ahli SPRM. Salah seorang dari mereka akan menjadi Pengerusi SPRM, dan semua pesuruhjaya akan mempunyai jaminan pelantikan tetap (security of tenure). Pelantikan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya SPRM perlu disahkan secara demokratik oleh Parlimen.
Ini bertujuan untuk mengurangkan kuasa Perdana Menteri mempengaruhi pelantikan pegawai-pegawai utama kepada SPR, SPRM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
Apa yang berlaku hari ini adalah Perdana Menteri melantik DS Mohd Shukri Abdullah sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Ironinya, setakat hari ini belum ada seorang anggota kabinet yang mengangkat sumpah dan Parlimen penggal baru masih belum bersidang. Agak-agak pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM tak termasuk dalam klausa ini ke?
Tambahan lagi, sejak semalam kita dihidangkan dengan manifesto dan janji PH yang telah dicapati. Antara lain ianya adalah:
👉 Manifesto PH: Untuk menghadkan kuasanya, Perdana Menteri dilarang memegang jawatan kabinet yang lain.
Manifesto PH: GST akan dimansuhkan sepenuhnya.
Apa yang berlaku: GST tidak dimansuhkan tetapi akan dikurangkan kepada 0% bermula 1 Jun. Sistem GST akan tetap utuh dan boleh ditingkatkan apabila dikehendaki.
👉 Janji PH: Harga petrol akan stabil dan dikurangkan.
Apa yang berlaku: Harga petrol stabil tetapi tidak dikurangkan. Ia masih ditetapkan pada RM2.20 seliter untuk RON95.

Kenyataan Media Presiden PAS
KECAMAN TERHADAP PEMBUKAAN KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT DI BAITUL MAQDIS
Tindakan Amerika Syarikat memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis adalah sejarah hitam penguasaan Israel-Zionis terhadap bumi Palestin, ketika negara umat Islam mengikut telunjuk Amerika Syarikat yang mencetuskan perbezaan mazhab dan kaum bagi memecahbelahkan kesatuan umat Islam dan mengalihkan tumpuan daripada memperjuangkan pembebasan Palestin.
PAS bersama seluruh umat Islam memikul tanggungjawab berat untuk mempertahankan Baitul Maqdis dan membela nasib rakyat Palestin.
PAS berharap pimpinan negara umat Islam tidak bersikap dingin dan pengecut dalam menghadapi tindakan Israel dan Amerika Syarikat yang tidak menghormati hak penduduk Palestin dan membunuh mereka tanpa perikemanusiaan.
Umat Islam mesti bangkit secara menyeluruh mempertahankan Baitul Maqdis dengan segala pengorbanan.
Kita mendoakan supaya Allah menetapkan pendirian rakyat Palestin dan tidak akan menyerah kalah walaupun sikap negara Arab mengecewakan.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 29 Syaaban 1439 / 15 Mei 2018
PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA BULAN RAMADHAN 1439H
Bulan Ramadhan bulan anugerah daripada Allah S.W.T, di mana kita dijemput menjadi tetamu Allah S.W.T dengan diberi ganjaran dan fadilat berlipat kali ganda melalui ibadat khusus di Bulan Ramadhan seperti berbuka puasa, bersahur dan Solat Terawih atau ibadat umum yang biasa kita lakukan di bulan yang lain.
Bulan ini juga bulan memperbaiki akhlak dan aspek rohani dengan meninggalkan amalan yang boleh mengurangkan pahala puasa walaupun sah dari segi hukumnya. Lakukan sebanyaknya ibadat sunat sebagai bekalan untuk menghadapi cabaran mendatang. Ambil kesempatan berdoa di waktu yang makbul dan pelihara rukun-rukun dan adab-adab puasa supaya tidak kerugiaan.
Ini semua hidangan yang wajib kita ambil kesempatan sepanjang sebulan dan mestilah kita menerima undangan Allah ini dengan sebaik-baiknya. Semua ibadat ini mengandungi fadhilat yang amat besar kepada mereka yang berhajat kepada Allah. Kita mohon pertolongan dan berdoa agar diberi kekuatan untuk melakukan ibadat dan mujahadah melawan hawa nafsu.
Firman Allah S.W.T:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (183)
“Wahai orang-orang beriman! DIwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah: 183)
Akhir sekali, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada.
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS