Search This Blog

Monday, July 30, 2018

Perdana Menteri lantik Tun Mahathir pengerusi Khazanah berkuatkuasa serta merta



Perdana Menteri telah melantik Tun Mahathir sebagai Pengerusi Khazanah berkuat kuasa Serta Merta.

Dalam Perkembangan yg berkaitan, Pengerusi Khazanah ketika Di hubungi  melahirkan rasa Terkejut dan Terharu dengan kepercayaan yg di Berikan Oleh Perdana Menteri  ke atas beliau Untuk memikul amanah sebagai Pengerusi Khazanah. 

Beliau akan segera berbincang dengan perdana Menteri untuk menjayakan projek projek yg sedang dan akan dijalankan.

Sementara itu Ketika diminta mengulas manifesto PH,  Tiada Lantikan Ahli Politik dalam GLC, Perdana Menteri berkata Tun Mahathir adalah pilihan yg tepat lagi pun manifesto bukan kitab suci yg perlu dipatuhi 

Antara komen Netizen 1 dari The Jebon Hunter ;

JANJI DIKENCING LAGI..

Berdasarkan Buku Harapan Janji No. 22, halaman 69 & 70 menjelaskan kedudukan reformasi Pentadbiran GLC..

"Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan professional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka."

Namun.. kini PM secara terang melantik diri sendiri sebagai pengerusi Khazanah Nasional..

Bermaksud.. PM sekali lagi mungkin "TIDAK TAHU BAHAWA PENTADBIRAN GLC TIDAK BOLEH DARI KALANGAN ORANG POLITIK".


Nt andai ada proposal nak belanja duit Khazanah Nasional Berhad berbilion2...

1. Proposal di bawa kpd Pengerusi Khazanah Tun Dr Mahathir Mohamed..

2. Pengerusi Khazanah Nasional Berhad akan bawa kpd MOF LGE untuk dibincangkan dah dibawa kpd mesyuarat kabinet..

3. Semasa dalam mesyuarat kabinet PM (Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed) telah bersetuju dan sebulat suara meluluskan projek yang di usulkan oleh Pengerusi Khazanah Nasional Berhad (Tun Dr Mahathir Mohamed).



Thursday, July 26, 2018

Maszlee U-Turn setelah di kecam hebat oleh 2 wakil rakyat DAP berkenaan peruntukan SPMC


Dua wakil rakyat DAP membidas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kerana tidak memberikan peruntukan kewangan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)
Anggota Parlimen Ipoh Timor Wong Kah Woh mengingatkan Maszlee bahawa kerajaan Pakatan Harapan menyokong SMPC dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

MP DAP itu juga menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar meneliti semula sama ada Maszlee sesuai untuk terus memegang jawatan sebagai menteri pendidikan.

Selepas dikritik Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berjanji menyediakan peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) melalui peruntukan kerajaan persekutuan

Maszlee menjelaskan SMPC tidak mendapat peruntukan bagi membayar gaji guru kerana institusi itu bukan bertaraf sekolah kerajaan.

Bukankah telah diperkatakan sampai berbuih mulut yang DAP tak perlu jadi Perdana Menteri tapi cukup dengan hanya majoriti yang mereka perolehi, sudah boleh membadutkan pemimpin Melayu didalam pakatan harapan. Ni salah satu contohnya.
Hanya dengan satu status ketidakpuasan hati konon,terkebil-kebil menteri berkenaan menjawab serupa kucing kehilangannya anak yang beliau akan memberi peruntukan pada mereka.

Tapi untuk Islam dan Melayu apa yang telah mereka perkasakan? Satu pun tidak ..Tarian Gelek adalah untuk minta sumbangan!! Tiada seorang menteri MELAYU pun memberi respon akan perkara itu, Lebih lebih lagi menteri yang menjaga Agama Mujahid Rawa.Maklumlah ada menteri memberi cadangan dangkal menyarakan agar pakai Kondom jika nak bersama (berzina).  Inikah Menteri melayu yang nak mempertahankan Islam di bumi Malaysia ini. 

Tapi apapun nanti adalah yang akan datang seperti macaimaya PH mempertahankan DAP dengan kata2 banggang mereka, "Hari ini Kahwin tak kan Esok dapat Anak"
Habis tu yang DAP minta semua tu bermula dengan UEC dan sekarang SMPC dari mana dapat anak tu? dapat anak luar Nikah ka sebelum berkahwin??

Ni tak sampai pun 100 hari..bermacam kehinaan mereka dah lakukan..
katakan yang SAYA MENYESAL UNDI PAKATAN HARAPAN

Tuesday, July 24, 2018

KERAJAAN, SEMUA AHLI PARLIMEN WAJIB PERTAHAN ISLAM

Kenyataan Media
Selasa, 24 Jul 2018 | 11 Zulkaedah 1439H
KERAJAAN, SEMUA AHLI PARLIMEN WAJIB PERTAHAN ISLAM
1. Kerajaan dan semua Ahli Parlimen sama ada Islam atau bukan Islam berkewajipan untuk mempertahankan Islam.
2. Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan sesuai dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang telah memperuntukkan “Islam ialah agama bagi Persekutuan”.
3. Sebagai ahli badan legistatif, Ahli-ahli Parlimen sepatutnya lebih memahami tuntutan daripada peruntukan ini.
4. Tambah pula, Tanah Melayu telah mempunyai peruntukan jelas mengenai kedudukan Islam sebagai agama negeri sejak dari sebelum merdeka. Perkara VII Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan Fasal 51 Perlembagaan Negeri Terengganu 1911 lebih awal meletakkan Islam sebagai agama negeri.
5. Menunjukkan, agama Islam itu begitu sebati sekali dalam adunan budaya dan amalan dalam negara ini sejak dahulu lagi sehingga diperundangkan dalam Perlembagaan.
6. Justeru, adalah tidak wajar sekali jika berlaku dalam pentadbiran dan tindakan para pemimpin di negara ini yang bercanggah dengan kehendak dan ajaran agama Islam.
7. Kerajaan juga mesti memahami bahawa adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk "menegakkan Islam dan mentadbir dunia dengan Islam itu" seperti yang dijelaskan oleh para ulamak Islam dalam disiplin ilmu ketatanegaraan dan politik Islam. Apabila Islam ditegakkan maka agama-agama lain akan terpelihara untuk diamalkan secara aman dan damai kerana antara prinsip Islam ialah tiada paksaan dalam beragama.
8. Salah satu kewajipan ini ialah memelihara agama Islam (hifz ad-din) itu sendiri pada dua aspek; (i) memastikan Islam itu kekal dan dilaksanakan serta diperkasakan, dan (ii) melindungi Islam daripada perkara-perkara yang membawa kepada kerosakan atau kemusnahannya.
9. Malangnya mutakhir ini, suara-suara sumbang yang memburukkan imej institusi dan undang-undang Syariah; mahu agar umat Islam dibebaskan daripada ikatan undang-undang kawalan moral yang berasaskan agama, menuntut supaya semua agama diletakkan sama rata (transcendental unity of religion) dan menggesa supaya kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan di negara ini dihapuskan seolah-olah tidak diberikan perhatian dan tidak dipandang berat oleh Kerajaan.
10. Tindakan ancaman terhadap Islam ini adalah sangat merbahaya kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
11. Oleh yang demikian, saya amat berharap agar Kerajaan dan semua Ahli Parlimen lebih bertanggungjawab untuk memelihara Islam di negara ini.
12. Perkara ini telah saya tegaskan di Dewan Rakyat menerusi Ucapan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang saya sampaikan pada hari ini dan hari semalam.
Sekian.
”Sejahtera Bersama Islam”
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Monday, July 23, 2018

Perbahasan Titah Diraja oleh MP Marang

ALHAMDULILLAH kita selesai melaksanakan PRU14 dalam suasana aman walaupun ada sedikit ketegangan. Keputusan yang unik, apabila adanya perubahan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang berbagai parti, sama ada bersama kerajaan Pusat yang berkonsep campuran dan kerajaan negeri atau pembangkang yang memerintah beberapa kerajaan negeri.
Apa yang penting kita menghormati keputusan rakyat sama ada betul atau dengan salah perhitungan yang sudah berlalu. Mana yang betul perlu ditambah baik dan yang salah diperbetulkan.
Terpenting juga ialah melaksanakan konsep federalisme yang dinyatakan dalam Perlembagaan Negara. Kenyataan YAB PM mengembalikan semula Royalti Petroleum yang tidak diberi kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu dahulu, diucapkan terima kasih dan sangat positif kepada pelaksanaan menghidupkan konsep Federalisma yang dilemahkan dahulu. Diharapkan banyak lagi ruang yang patut diberi kepada kerajaan negeri khususnya bagi menunjukkan model Islam yang kami janjikan dalam manifesto negeri, khususnya dalam aspek memperkenalkan Islam yang menjadi tujuan kami.
Walau bagaimanapun, perlu kepada keterbukaan sehingga meminda Perlembagaan dan akta-akta peninggalan zaman penjajahan dahulu kerana kita telah mencapai kemerdekaan lebih daripada setengah abad, dan kita telah melakukan banyak pindaan, ada juga yang tidak penting serta meninggalkan yang lebih penting seperti memperkasakan kedudukan Islam mengikut takrifnya yang sebenar. Dan hak Bumiputera dan bahasa kebangsaan yang masih ketinggalan.
Dalam aspek ekonomi yang sangat mencabar, khususnya dalam arena antarabangsa yang mencetuskan perang ekonomi di kalangan kuasa besar khusus China dan Amerika. Kita mempunyai kedudukan yang tersendiri, dari kedudukan geografi, sumber dan tenaga manusia. Namun perlu mengutamakan kepentingan rakyat kita, dalam keadaan kita berada di tempat yang kukuh dan mempunyai sumber bumi kita dan rakyat kita sendiri. Hasil bumi yang melimpah ruah dan tenaga manusia yang berkepakaran dan bertenaga. Sekiranya diolah dengan baik kita dapat memperkasakan diri dan negara kita di tengah-tengah percaturan antarabangsa.
Langkah pandang ke Timur yang pernah dilaksanakan dahulu perlu dilakukan pembaharuan terkini. Khususnya meletakkan keutamaan kerjasama serantau dari kalangan negara jiran dan negara sahabat, kerjasama negara Islam dan negara NAM dahulu. Memilih pendekatan kerjasama dengan negara setaraf dengan kita atau negara mundur adalah lebih baik daripada berlumba dengan negara besar yang rakus tidak bersimpati dengan kita. Namun, hubungan dengan semua negara tidak diputuskan, bersama kebijaksanaan kita, tidak terikat sangat rapat dengan negara tersebut dan sangat bergantung dengan agensi yang dimonopoli oleh mereka seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dan mata wang tunggal seperti US Dollar yang sangat diragui kebenaran dan kekukuhannya.
Keadaan geografi dan sumber semula jadi yang berada kepada kita perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, kerjasama negara serantau dan sahabat yang tersebut tanpa mendedahkan diri menjadi pengkalan yang digunakan oleh negara besar yang berkepentingan di pihaknya sahaja. Lebih malang sekiranya kita mendedahkan diri menjadi medan peperangan dalam kalangan negara besar seperti yang pernah berlaku pada abad yang lalu.
Penyelesaian kedudukan Bumiputera yang masih terkebelakang perlu ditingkatkan lagi tanpa berlaku zalim terhadap pihak yang lain, dengan menghidupkan semangat kerjasama dan bertolong menolong dalam masyarakat majmuk yang bersifat Madani, bukan semangat perlumbaan perkauman dan penindasan yang boleh mencetuskan ketegangan.
Kedudukan negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan juga Malaysia Timur Sarawak dan Sabah yang terpinggir mengikut cara yang diadakan pada zaman penjajah dahulu hendaklah diubah, kerana daerah ini hanya diperas hasil buminya yang kaya dalam keadaan rakyatnya yang majoriti Bumiputera masih terpinggir dengan kemudahan asas yang diabaikan seperti pelabuhan dan kawasan industri, bahkan lebuh raya yang lebih dipesatkan di Pantai Barat walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang juga menghala ke Timur bukan sahaja ke arah Barat.
Kos sara hidup rakyat yang tidak mampu menghadapi tekanan inflasi yang tidak terkawal, walaupun penyelesaiannya ditawarkan oleh semua manifesto parti kerajaan dan pembangkang, hendaklah ditangani bukan sekadar menukar GST kembali semula kepada SST, laksana mencubit dengan tangan kanan, kemudian dicubit pula dengan tangan kiri yang sakitnya sama atau lebih sakit. Tanpa menangani secara penyelesaian yang menyeluruh dengan menggunakan barangan kita dan tenaga kita sendiri secara lebih bijak dan insaf. Sama ada menangani disebabkan kuasa beli yang tidak kukuh atau mata wang yang tidak stabil atau barangan yang tidak seimbang dan saksama hendaklah ditangani dengan penuh tanggungjawab. Bukan sekadar hanya percukaian yang meringankan bebanan kerajaan, bukannya bebanan rakyat.
Konsep ekonomi Islam yang memberi penekanan halal dan haram, khususnya muamalah riba, menipu dan rasuah yang diisytiharkan perang oleh Allah, namun kini dianggap pula menjadi rukun dan syarat ekonomi moden.
Walaupun sudah ada langkah kepada muamalah Islam seperti perbankan dan sebagainya, tetapi masih teragak-agak ke arah menghapuskan riba yang dikira dosa besar itu. Mudah-mudahan kita dapat menghayati pesanan Allah:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (96)
“Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka telah membohonginya. Lalu Kami hukumkan mereka dengan bencana disebabkan apa yang telah mereka lakukan)” (Surah Al-A’raaf: 96)
Istilah berkat hanya dalam ekonomi Islam yang tiada dalam semua teori ekonomi yang lain.
Kita juga sedang mengalami gejala sosial yang menimpa seluruh dunia, menandakan kelemahan sistem pendidikan kerana tidak membangunkan insan mengikut acuan fitrahnya. Dan kelemahan undang-undang mencegah kemungkaran.
Allah mencipta manusia dengan fitrah yang berbeza dengan makhluk yang lain dan diletakkan di tempat yang berbeza dalam kalangan sesama manusia sendiri, berbagai bangsa, budaya dan hasil bumi serta kepakaran dan sumber masing-masing.
Petunjuk Allah melalui Al-Quran dan kebijaksanaan Rasul-Nya Muhammad S.A.W telah berjaya mendidik manusia awal Islam, daripada masyarakat Arab buta huruf dan liar sifat jahiliahnya bersama Islam, berjaya menegakkan negara masyarakat majmuk yang besar dan membetulkan tamadun jahiliaah yang tidak bermoral walaupun maju dari segi kebendaannya dan kerajaannya bertaraf kuasa besar.
Menunjukkan cara pembangunan insan itu hendaklah melalui ilmu dan pendidikan memenuhi sifat fitrah, naluri atau semula jadi. Bercirikan jasad, roh, akal, berkonsep kedirian dan bermasyarakat madani. Insan yang dibentuk oleh Islam berjaya menundukkan kuasa besar pada zamannya dan mencipta semula tamadun (Hadharah Islamiyyah), tanpa meninggalkan warisan ilmu dunia yang bermanfaat daripada seluruh pelosok dunia Timur dan Barat; Parsi, Rom, China, India, Mesir dan lain-lain. Menterjemahkan ilmu ke dalam bahasa Arab yang dirasmikan pada masa itu, tanpa menghapuskan bahasa kaum masing-masing yang menjadi tanda kebesaran Allah:
وَمِنْ آيَاتِهِ خَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافُ أَلْسِنَتِكُمْ وَأَلْوَانِكُمْ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّلْعَالِمِينَ (22)
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan(”. (Surah Ar-Ruum: 22)
Umat Islam meneroka kemajuan sains dan teknologi dengan memajukan ilmu hasil daripada berbagai negara dan bangsa. Namun ketinggalan pada masa mutakhir dan kerajaannya jatuh. Barat yang mencetuskan Revolusi Industri hasil terjemahan tamadun Islam ke dalam bahasa-bahasa Barat, namun mereka meninggalkan aspek rohani dan akhlak yang mengawal akal dan jasadnya sehingga tanpa roh.
Kini kita sedang menyaksikan keruduman Tamadun Barat yang maju itu, menjadikan manusia tidak bermoral sehingga mencipta senjata pemusnah menjadikannya lebih ganas daripada binatang dan hilang moralnya menghilangkan akal yang mulia dengan gejala arak dahulunya, dan kini pelbagai jenis dadah.
Kita menyaksikan negara-negara maju seperti Jepun, Jerman, China dan lain-lain mengilmukan rakyat dengan bahasa kebangsaan masing-masing, dan pengetahuan bahasa asing sekadar keperluan menterjemahkannya, bukan mengilmukan rakyat sebanyak mungkin. Maka tanggungjawab kita menjadikan bahasa kebangsaan kita sendiri adalah cara paling betul dalam memperkasakan ilmu dan pendidikan kita. Cara meninggalkan bahasa kebangsaan sendiri dalam pendidikan dan mengurus rakyat telah menemui kegagalan yang berulang.
Tanggungjawab menangani gejala sosial yang hampir merebak di setiap lorong dan keluarga perlu ditangani dengan pendidikan dan pelajaran, serta media yang bermoral. Serta undang-undang yang berkesan dan undang-undang juga yang mendidik bukan sekadar menghukum.
Media tanpa sempadan menjadi wabak baru yang tidak terkawal lagi, menyerang seluruh pelosok dunia, kini menjadi ancaman terhadap negara dan antarabangsa. Sehingga pengetahuan bahasa asing bukan lagi untuk menimba ilmu yang positif, tetapi membuka ruang yang lebih besar dibanjiri aspek negatif. Maka perlu adanya kawalan yang berkesan demi menyelamatkan negara dan rakyat dengan peraturan kawalan dan undang-undang bertindak yang berkesan.
Kita menyaksikan hukuman mati mandatori terhadap pengedar dadah gagal mengatasi gejala pengedarannya, walaupun hukuman itu lebih keras daripada Hukum Qisas dan Hudud Islam yang dipertikai dan diragukan oleh banyak pihak. Begitu juga undang-undang mencegah gejala rasuah tidak mampu menghalang siapa sahaja yang berkuasa melakukannya dengan berbagai-bagai helah. Kini sudah tiba masanya diberi ruang untuk memperkenalkan undang-undang syariat Islam, dibincangkan secara ilmu dan dan diberi kuasa kepada negeri menjadi percubaan, menunaikan kewajipan kepada Allah dan rakyat.
Dalam arena antarabangsa terkini, kita mengharapkan kerajaan dapat memberi ruang yang adil menghadapi tuduhan terhadap Islam sehingga mencetuskan Islamofobia di negara Barat, khususnya Amerika dan Eropah. Betapa Islam dikaitkan dengan keganasan, walaupun kini ternyata betapa negara Barat itu terlibat dalam mewujudkan kumpulan ISIS yang dikaitkan terhadap Islam, merekalah menjadi pembekal utama senjata dan memberi tempat kepada kumpulan itu dan memberi lesen kepada negara haram Israel memiliki apa sahaja senjata pemusnah dan bertindak sewenang-wenangnya terhadap rakyat Palestin yang dihalau daripada rumah kediaman dan rompakan bukan sahaja harta bahkan tanah air mereka juga dirampas.
Fitnah terhadap Islam yang tidak menepati ajaran Islam yang mengharamkan tindakan melampau walaupun terhadap musuh agama, umat dan negaranya yang diceroboh dan dijajah. Berpandukan petunjuk Allah:
وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ (190)
“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh”. (Surah Al-Baqarah: 190)
Islam mengharamkan pembunuhan terhadap rakyat awam, bukan sahaja orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak, termasuklah paderi dan sami di rumah ibadat mereka. Kini ternyata betapa meraka yang terlibat dalam krisis yang berlaku di serata dunia di sebalik penjajahan semula dan kepentingan ekonomi termasuk perniagaan senjata secara gelap dan nyata.
Kehidupan masyarakat berbagai agama dalam masyarakat Islam boleh dibandingkan apa yang dilakukan terhadap kaum Islam di Rohingya dan lain-lain.
PAS terus beristiqamah dengan petunjuk Allah dalam hubungannya dengan semua pihak berpandukan firman Allah:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
“Bekerjasamalah dalam melaksanakan perkara kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu bekerjasama dalam perkara dosa dan bermusuhan”. (Surah Al-Maa’idah: 2)
Sekian, terima kasih Tuan Yang Dipertua.
Teks perbahasan Titah Diraja oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat pada 10 Zulkaedah 1439 / 23 Julai 2018.

PTPTN: Tak jadi tangguh, tak bayar akan diisytiharkan bankrup


Kerajaan akan mengisytiharkan peminjam yang gagal membayar pinjaman dari Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai bankrap sebelum mereka disenarai hitam daripada meninggalkan negara.

Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching berkata janji Pakatan Harapan (PH) untuk mengeluarkan peminjam dari senarai hitam dan larangan ke luar negara adalah berdasarkan kepercayaannya bahawa setiap warganegara mempunyai hak untuk kebebasan bergerak.

Beliau menambah bahawa langkah ini adalah perlu bagi kerajaan supaya konsisten dalam dasarnya.

“Hanya kerana kita adalah kerajaan, kita tidak boleh bertindak mengikut kehendak kita. Jadi jika kita perlu membankrapkan peminjam untuk memasukkan mereka dalam senarai hitam, kita akan melakukannya pada masa akan datang. Kami akan mengambil tindakan yang perlu,” katanya ketika Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menyatakan bahawa pentadbiran terdahulu tidak konsisten dalam melaksanakan dasar berkaitan dengan peminjam yang gagal membayar pinjaman mereka pada masa lalu.

Beliau berkata mereka yang mengambil pinjaman pendidikan dari bank hanya disenarai hitam ke luar negara selepas mereka diisytiharkan muflis, tetapi tidak peminjam PTPTN yang gagal meminjam pinjaman mereka tetapi masih belum diisytiharkan muflis; nama mereka akan segera diletakkan pada senarai larangan ke luar negara Jabatan Imigresen.

“Jadi saya rasa itu agak tidak adil bagi peminjam yang memerlukan wang untuk menamatkan pengajian mereka,” katanya.

Bulan lepas, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata 429,945 peminjam hutang telah dikeluarkan dari senarai hitam larangan ke luar negara Jabatan Imigresen.

Tetapi beliau menambah bahawa peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka untuk pendidikan tinggi akan terus disenaraikan di bawah sistem CCRIS Bank Negara yang mengumpulkan maklumat kredit mengenai peminjam. -MM

Rakyat Malaysia Terperangkap & diperangkap



Kelicikan Mahathir dalam mengatur gerak tari di atas pentas politik ternyata sangat anggun. Sehingga hari ini kegagalan Pakatan Harapan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pentadbir masih lagi kabur tanpa sebarang halatuju pembentukan negara berdasarkan tema ‘Bina Semula Negara’. Malah segala yg terkini lebih kepada membebankan rakyat berbanding dengan kempen PRU-14 yang  menjanjikan keindahan seribu impian rakyat Malaysia yang mendambakan sebuah negara yang bersih dan cemerlang. Rakyat hari ini disajikan dengan dasar-dasar dan agenda kerajaan yang tidak membawa sebarang faedah sama seperti keadaan di zaman Barisan Nasional.

Mahathir tahu malah sedar rakyat merasa tertipu berdasarkan dari beberapa konotasi kenyataan beliau yang terpampang di media arus perdana. Pada era pentadbiran Barisan Nasional dahulu, mereka dengan mudah melaksanakan strategi ‘Pecah dan Perintah’ (Divide & Rule) apabila kerajaan ketika itu ditunjangi oleh parti-parti berdasarkan kaum. Sentimen kaum berdasarkan warna kulit dimainkan dan api perkauman disemarakkan lagi oleh penyokong-penyokong parti. Mahathir cukup mahir dan sangat ‘beriman’ dengan strategi ini, walau bagaimanapun beliau memerlukan satu kaedah yang lain untuk memerangkap rakyat agar segala kebejatan dan kebobrokan Kabinet Pakatan Harapan segera dikalih dan tidak diperihatikan oleh rakyat.

Mutakhir ini kita melihat Mahathir dan kuncu-kuncunya menggunakan kaedah yang sama (Pecah & Perintah) melalui lenggok irama yang telah diberi nafas baru. Sentimen rakyat adalah satu jalan keluar mudah yang perlu disuntik kepada setiap individu sebagai satu melody yang sentiasa melekat diminda rakyat demi keberuntungan beliau sekeluarga dan juga para penyembah Mahathir.

Sentimen Agama, Bahasa dan Raja-raja Melayu

Mutakhir ini, kita perhatikan setiap gerak laku dan kenyataan menteri-menteri cabinet adalah berdasarkan kepada 3 isu besar: Agama, Bahasa Kebangsaan dan Raja-raja Melayu. Seusai perlantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri Ke-7, serta-merta Kemuliaan dan Kehormatan DYMM SPB YDP Agong dicemarkan oleh juak-juak Mahathir. Sehinggakan cara berjalan YDP Agong juga dipertikaikan oleh juak-juaknya sampailah kepada kebiadaban A. Kadir Jasin mengolah persepsi menghina Baginda YDP Agong yang menggunakan perbendaharaan kerajaan sewenang-wenangnya. Segelintir rakyat mula mempertikaikan tindakan Baginda YDP Agong tanpa menyelidik kesahihan laporan A. Kadir Jasin. Dalam masa yang sama rakyat mula dikalihkan daripada isu Manifesto: Janji-janji Kempen PRU-14 yang lepas.



Apabila YDP Agong bertindak membatalkan mendedahkan segala peruntukan kerajaan untuk Istana, disamping membatalkan program Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri Mahathir dengan pantas membawa agenda Pembebasan Anwar Ibrahim. Sebelum pembebasannya Mahathir dengan pantas melantik Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Hasilnya cukup lumayan; dimana tiada sebarang jaminan Anwar Ibrahim akan dinobatkan sebagai PM-8, sebagaimana yang telah persetujui oleh beliau yang hanya akan memegang tampok pemerintahan selama 2 tahun. Penyokong dan para pendokong Anwar Ibrahim tidak mampu bingkas mempertikai memandangkan Presiden PKR telahpun selesa di kerusi empuk. Dengan sepantas kilat Mahathir ke Jepun dan meninggalkan Wan Azizah sebagai ‘Caretaker’, untuk menyantuni Presiden Modhi dari India yang menziarahi Malaysia. Keghairahan Wan Azizah membawa Anwar Ibrahim sepentas dengan Presiden Modhi merupakan jerangkap samar yang dipasang oleh Mahathir. Pertikaian antara penyokong berlaku dan Anwar ditempelak oleh penyembah Mahathir dan berlaku pergolakan kecil yang terpaksa ditangani oleh Wan Azizah. Dengan pantas, di Jepun Mahathir membuat kenyataan ‘….sedia menjadi Perdana Menteri selama mana beliau di kehendaki’. Sejurus selepas itu, Daim Zainuddin dan Rafidah Aziz juga turut serta membuka langkah silat untuk mengaburi rakyat. Sekali lagi, rakyat terlupa akan janji Kempen PRU-14 Mahathir kerana dilekakan dengan pentas sandiwara yang dihidangkan.

Dengan tidak semena-mena, Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang baru dilantik menggunakan Bahasa Mandarin sebagai kenyataan rasmi yang menjadi pertikaian di seluruh negara. Bola sekali lagi dilambung dan disambut oleh parti-parti Melayu sehingga terlupa Janji-janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan tol apabila Berjaya merampas Putrajaya. Tidak termasuk dengan kenyataan Hutang Negara, rakyat sekali lagi diheret atas dasar simpati untuk menghulurkan derma akibat hutang negara yang ditimbunkan oleh Najib Razak. Tabung Harapan dijana dalam masa yang sama sentiment ‘Benci Najib’ disemarakkan sebagai perisai untuk mengaburi minda rakyat. Walhal Bank Dunia secara tegas membuat kenyataan bahawa hutang negara pada keadaan ‘selesa’ dan pelabur lari serta Ringgit meredum, maka berbelit-belitlah lidah Menteri Biawak menutur ayat. Terpaksalah Lim Guan Eng mencatur gerak tari selanjutnya mengenai HSR, LRT, MRT, 1MDB dan sebagainya, meraih simpati rakyat sehingga tersasul ‘sekiranya kerajaan melaksanakan manifesto, negara akan bankrap.

Apabila sebahagian rakyat mula tersedar, negara digemparkan pula dengan kenyataan Zainudin Maidin untuk menutup sekolah tahfiz. DIkenali dengan ZAM, sedia maklum beliau merupakan ‘Penyembah Tegar’ Mahathir dari Dahulu, Kini dan sehingga hujung nyawa. Maka bertempiklah sekelian pendakwah, mufti dan agamawan akan insiden ini yang menjurus kepada polemic akidah. Sekali lagi rakyat hilang tumpu kepada Manifesto PRU-14 Pakatan Harapan. Dihidang pula dengan isu LGBT yang menjadikan para pendokong agama tidak menang tangan sementara Mahathir dan menteri cabinet tersenyum sumbing bila rakyat semakin hilang tumpuan terhadap janji-janji mereka. Menteri Agama pun tidak kentinggalan, menyambut gerak tari yang diatur dengan pelbagai polemic agama untuk mencipta isu untuk didendangkan ketika rakyat semakin tertekan dengan kenaikan harga barang berpunca daripada system percukaian SST yang baru.

Mutakhir, Kementerian Pendidikan juga tidak ketinggalan, mengorak langkah mengenengahkan isu pengiktirafan UEC sebagai salah satu agenda kerajaan, walaupun tidak termaktub di dalam manifesto. Perkara seperti ini sengaja dibangkitkan agar rakyat lupa untuk menuntut janji mereka bagi menyediakan Pendidikan Percuma. Menteri Pendidikan juga sekali lagi menghamburkan janji untuk menambah kuota kepada kaum CIna di IPTA tanpa sebarang peruntukan pembiayaan pelajaran. Bukan hanya Melayu, kaum Cina dan India juga diperangkap oleh cabinet Mahathir untuk terus dipisah-pisahkan. Sementelahan, agenda ‘Kasut Hitam’ pula menjadi perbahasan hangat untuk memerangkap rakyat agar melupakan janji-janji yang mereka tabur pada Kempen PRU-14 yang lepas.

Rakyat sekali lagi dipecah-belahkan berdasarkan isu-isu ini. Untuk kekal berkuasa, Mahathir dan juak-juaknya akan terus memainkan isu sentiment hanya untuk mengkaburi mata rakyat yang terpana dengan sandiwara yang dihidangkan. Seharusnya rakyat sedar mengapakah Pakatan Harapan tidak berjaya untuk mempengaruhi rakyat di Kelantan dan Terengganu. Ini adalah kerana rakyat di negeri-negeri tersebut, tidak kira latar belakang keturunan, kaum dan budaya tidak termakan dengan sentiment yang dimainkan oleh Pakatan Harapan. Khususnya kaum CIna dan India cukup selesa hidup bersama dengan orang Melayu dengan semangat Muhibbah dan hormat-menghormati yang dipertahankan sejak berzaman.

Mahathir dan para ‘Bukhala’ akan terus mencetuskan sentimen sebegini agar rakyat terus berpecah dan berantakan demi mempertahankan kuasa mereka. Selagi rakyat tidak keluar dari politik sentiment dan kebencian, selagi itu rakyat akan terus diperbodohkan dan Mahathir akan kekal berkuasa bersama ‘Para Penyembah dan Penjjilatnya’ hingga hujung nyawa.

Kolumnis Walaun United
Tanganku
Shah Alam

Dewan Rakyat kosong tanpa Menteri & Timbalan, Takut nak jawap soalan Pembangkang ?



Kalau ketuanya pun tak puas hati kehadiran anak2 buahnya ke Parlimen, apa lagi mau kata???...puak2 ni dok pi bina negara tang mana???...bukti apa yg dikata oleh pm adalah sebagaimana ditunjukkan oleh Ust Sabri Azit, Ahli Parlimen Jerai (PAS)...

Gambar tersebut diambil pada sesi petang hari ini 23 Julai 2018...sewaktu perbahasan masih berlangsung dan bukan waktu rehat...bukan satu kerusi yg kosong, bukan dua, bukan tiga...sebaliknya hanya ada beberapa orang ahli parlimen sahaja di blok kerajaan ketika tersebut...

Gaji ahli parlimen dapat, gaji menteri pun dapat, elaun segala bagai depa sapu...tapi pakat habih tak masuk sidang...hangpa agak2 nak panggil apa puak2 ni???...

alfaqir ilallah ppk
9 Zulkaedah 1439H

PM tak puas hati kehadiran menteri, timbalan menteri

Sesi Petang perbahasan tadi dilihatkan kerusi kosong dibahagian Kerajaan PH yang mana rata2 Menteri & Timbalan Menteri


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan rasa tidak puas hati dengan prestasi kehadiran menteri dan timbalan menteri di Parlimen.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan beliau tidak bercadang menetapkan indeks prestasi utama (KPI) untuk mengukur prestasi menteri dan timbalan menteri menjalankan tugas di Parlimen.

"Saya tidak pernah berpuas hati dengan semua perkara, namun menteri dan timbalan menteri perlu meningkatkan prestasi kehadiran mereka di Dewan Rakyat dan mereka perlu ada alasan yang kukuh untuk tidak hadir," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ditanya sama ada berpuas hati dengan tahap kehadiran menteri dan timbalan menteri di Parlimen bagi menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Berdasarkan aturan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanya soalan pertama kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai pinjaman mudah dari Jepun tetapi mengejutkan soalan itu di jawab Perdana Menteri.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak akan mengenakan KPI kerana beliau maklum bahawa menteri dan timbalan menteri mempunyai tugasan lain yang perlu dilaksanakan.

"Sidang Dewan Rakyat ini berjalan hampir separuh hari dan untuk 20 hari persidangan ini sukar untuk mereka hadir dan berada di sini sepanjang hari... itu tidak praktikal.

"Kita perlukan mereka untuk tugasan lain juga," katanya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan diri beliau dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata beliau berusaha sebaik mungkin.

"Saya sudah cuba membahagikan masa sebaik mungkin untuk bekerja 24 jam sehari selagi mampu.

"Jika ada lebih masa hingga 36 jam sehari , saya harap dapat bekerja 36 jam sehari," katanya berseloroh.-BH

Manifesto: Kitab suci mewajibkan tunai janji


Manifesto bukan kitab suci tetapi satu janji yang perlu ditunaikan dan harus dipegang bukan sahaja orang Islam termasuk semua agama.
Demikian kata Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) ketika menjawab celahan Ahli Parlimen Kuala Krau, Dato’ Seri Ismail Mohamed Said yang meminta pencerahan berhubung kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menegaskan manifesto PRU Pakatan Harapan bukan janji dan bukan kitab suci.
"Walaupun manifesto ini bukan kitab suci tapi satu janji. Kitab suci mewajibkan kita tunaikan janji ini hakikat yang kita perlu pegang sebagai bukan sahaja orang Islam termasuk semua agama," jelasnya pada sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, tengah hari tadi.
Ujarnya lagi, berhubung isu pemberian royalti minyak adalah perjanjian melibatkan kerajaan negeri, Persekutuan dan Petronas yang telah dimeterai sejak 20 tahun lalu.


Presiden PAS itu menambah, perkara tersebut perlu dirujuk dan tidak boleh sekali-kali melanggar perjanjian.
Beliau memberi pandangan tersebut bagi menjawab celahan soalan dari Ahli Parlimen Kuala Krau yang bertanyakan mengenai pendirian kerajaan pusat bahawa 20 peratus pemberian royalti minyak adalah bukan pemberian mutlak kerajaan tetapi hanya berdasarkan kepada keuntungan Petronas. 

PERKEMBANGAN 20 MANIFESTO PAS TERENGGANU



MUQADDIMAH

Mengambil masa sedikit hari ini, melihat perkembangan 20 manifesto PAS Terengganu menuju 100 hari pentadbiran kerajaan negeri.

Satu keuntungan kepada PAS kerana tidak meletakkan had masa seperti 100 hari untuk melaksanakan janji manifestonya, jika tidak, kekalutan akan terjadi seperti yang dihadapi oleh Pakatan Harapan sekarang ini.

Jika kita puratakan 20 manifesto ini dalam 5 tahun sebelum menuju PRU-15, maka secara puratanya PAS Terengganu mesti menunaikan 4 atau 5 manifesto dalam masa setahun.

Maka, 2018 ini sekurang-kurangnya PAS Terengganu perlu laksanakan 2 atau 3 manifesto kerana mereka mula mentadbir dipertengahan tahun 2018.

Perkembangan ini diambil berdasarkan laporan berita dan sidang DUN yang baru berlalu beberapa minggu lepas. Terdapat 4 kategori perkembangan manifesto PAS Terengganu, 1] Telah dan Sedang Dilaksanakan 2] Dalam proses terakhir 3] Sudah bermula dan dibincangkan 4] Tiada maklumat/masih belum bermula.


TELAH DAN SEDANG DILAKSANAKAN

Terdapat 5 manifesto yang telah dan sedang dijalankan iaitu

1.Mengembalikan tanah-tanah yang dirampas BN selepas pemerintahan PAS Tahun 2004 & membuka permohonan tanah baru dengan terus beri GERAN KEKAL. Kerajaan Terengganu telah menyerahkan kembali tanah rumah mayat kaum cina yang dirampas pada 2004

[http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1474344], Menteri Besar menyatakan komitmen tersebut dalam sidang DUN [http://www.teganukita.net/2018/07/sidang-dun-lot-tanah-dirampas.html]

2.Setiap rakyat terengganu berumur 21 tahun ke atas yang layak berhak mendapat 1 lot tanah rumah kediaman atau 1 unit rumah kediaman. Permohonan untuk mendapatkan 1 unit rumah ini telah dibuka

[http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/6815-k-jaan-terengganu-buka-permohonan-miliki-rumah]

3.Karnival Kahwin kali pertama Percuma di setiap DUN. Telah dilaksanakan pada Julai dan akan dilaksanakan lagi pada November 2018 di semua 32 DUN

[http://www.teganukita.net/2018/06/pelawa-orang-bukan-islam-sertai.html]

4.Memberi bekalan air percuma 20 meterpadu kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Ini merupakan manifesto paling awal dilaksanakan

[http://www.teganukita.net/2018/06/golongan-berpendapatan-rendah-mula.html]

5.Membuka Pusat Nurseri di setiap Jabatan Kerajaan Negeri. Perkara ini telah dimaklumkan oleh exco dalam Sidang DUN permohonan dibuka kepada agensi yang mempunyai premis [ rujuk minit 3.23.40 https://www.youtube.com/watch?v=arbZyfgaVqc] 

Ini lima manifesto yang sepatutnya dilaksanakan dalam masa setahun tapi telah dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu dalam masa kurang dari 100 hari.

DALAM PROSES AKHIR

Bahkan lebih mengujakan terdapat tiga manifesto di peringkat akhir untuk diluluskan dan dilaksanakan, iaitu

1.Peruntukan Caj Wad Kelas 3 Percuma di semua hospital kerajaan. Dokumen akhir telah siap menunggu saat untuk dibentangkan dalam mesyuarat AMMKN

[http://www.teganukita.net/2018/07/sidang-dun-pesakit-wad-kelas-tiga-bakal.html]

2.Mengurniakan pencen rakyat RM 50.00 sebulan bagi warga emas yang layak. Perkara ini juga  dimaklumkan oleh exco dalam sidnag DUN, sudah berada diperingkat akhir kertas kerja untuk dibawa masuk dalam mesyuarat AMMKN

[ rujuk minit 3.17.40 https://www.youtube.com/watch?v=arbZyfgaVqc ]

3.Menyediakan Kad Sejahtera bernilai RM 500 setahun untuk golongan berpendapatan rendah setiap keluarga. Perkara ini dijangka akan mula dilaksanakan pada hujung tahun ini

[ http://www.teganukita.net/2018/07/sidang-dun-pesakit-wad-kelas-tiga-bakal.html]

SUDAH BERMULA PROSES DAN RESPON

Terdapat juga manifesto yang telah dimulakan perjalanannya, lima  manifesto iaitu

1.Pemberian RM 300 untuk pemuda/pemudi mendapatkan lesen motosikal. Perkara ini sudah dibawa masuk dalam perbincangan meja bulat oleh Exco yang terbabit

[https://buletinonline.net/v7/index.php/manifesto-lesen-motor-percuma-ke-meja-bulat-untuk-direalisasikan/]

2.Menyediakan 20 000 peluang pekerjaan dalam tempoh 4 tahun. Perkara ini telah direspon oleh Menteri Besar dalam penggulungan ucapan dalam sidang DUN berkenaan 7 600 peluang pekerjaan dari Indusri Silika

[ http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/7206-lembah-silika-7-600-peluang-kerja-pelaburan-rm13b]

3.Mengadakan Tabung Biasiswa Pelajar cemerlang sebanyak rm 5 juta untuk anak Terengganu melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama. Perkara ini telah direspon oleh exco terbabit dalam sidang DUN [ rujuk minit 1.09.30 https://www.youtube.com/watch?v=OZ-WsI1KchI ]

4.Mewujudkan semula Institut Pengajian Tinggi Islam menggantikan Kusza. Exco berkenaan ada memuatkan di pagenya lawatan ke satu bekas tapak KIST yang mungkin boleh dijadikan tapak untuk melaksanakan manifesto ini

[ https://www.facebook.com/search/top/?q=Ustaz%20Saiful%20Bahri%20Mamat%20KIST]

5.Menambah sekolah menengah agama setiap parlimen dan sekolah rendah agama setiap DUN serta memberi geran tahunan kepada sekolah agama rakyat dan pondok. Perkara ini telah direspon oleh exco berkenaan dalam sidang DUN

[rujuk minit 1.06.50 https://www.youtube.com/watch?v=OZ-WsI1KchI]

TIADA PERKEMBANGAN

Daripada 20 manifesto ini, terdapa tujuh yang tidak ditemui maklumat dalam media atau masih belum dimulakan :

1.Menyediakan Tabung Pinjaman Usahawan RM 10 Juta Setahun
2.Menubuhkan Pusat Pemulihan Penagih Dadah secara holistik
3.Memperuntukkan RM 50 juta setahun untuk Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat
4.Memberi cuti 30 hari bagi isteri kematian suami
5.Mewujudkan Bandar Baharu Lestari di setiap daerah
6.Mengecualikan cukai pintu rumah kediaman
7.Menambah keluasan tanah rezab melayu dari 118 hektar kepada 1000 hektar

Jika kawan-kawan ada maklumat tentang perkembangan tujuh manifesto ini boleh maklum ye. Nanti kita edit balik.

Walaubagaimanapun, ini satu perkembangan yang sangat menarik dan agak laju dijalankan oleh kerajaan negeri Terengganu menunaikan manifesto. Walaupun dalam ucap negeri Menteri Besar ada menyebut 60 hari pertama ini adalah fasa untuk meneliti dan membuat kajian, dan selepas itu barulah perlaksanaan manifesto agak digiatkan.

Lebih membanggakan adalah, kerajaan negeri melalui Ucap Negeri Menteri Besar juga telah membentangkan blueprint Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) sebagai pelan pembangunan kerajaan negeri Terengganu. Boleh dikatakan Terengganu adalah negeri pertama dari negeri-negeri lain yang membentangkan blueprint sedemikian.

Selaku orang yang baru duduk di Terengganu lebih kurang setahun lapan bulan. Aku rasa 'excited' melihat aksi-aksi kerajaan Terengganu untuk masa-masa berikutnya.

Disusun oleh
Ahmad Fahmi Mokhtar

Thursday, July 19, 2018

SST harga barang turun? Merepek!


Semalam Menteri Kewangan dan Ong Kian Ming berkata SST akan mengurangkan beban rakyat . Maknanya, dalam kata lain adalah harga barang akan turun . Kau orang  jangan tepuk tapi gelak . Haaa gelak . Kenyataan itu mengarut dan merepek!
Lets call a spade , a spade . Harga barang tidak akan turun . SST ke GST kah harga barang memang tidak akan turun . hentikan buat perbandingan cukai mana yang akan turunkan harga barang . Perkara  itu tidak akan berlaku . GST atas kertas mampu untuk turunkan harga barang tapi di dunia nyata, harga barang tidak turun . Kenapa ? Price elasticity . 

Price elasticity dalam kes GST kita tengok demand elasticity . Kalau pekedai sebelum ni jual Milo sepeket RM30 , kalau kos dia berkurang sekali pun dia tetap akan jual RM30 sebab permintaan masih ada . Kalau dia boleh jual sepeket RM30 , kenapa dia perlu kurangkan harga ? Sebab tu harga barang tidak turun walaupon GST tu atas kertas boleh kurangkan harga barang . Jadi, hentikan  buat perbandingan sia-sia . Hanya ada satu cara nak kurangkan harga barang adalah menghentikan permintaan atau tambahkan bekalan.
Untuk setiap lapisan cukai yang dikenakan , peniaga boleh claim balik output cukai tersebut . Maknanya cukai bersih yang dibayar sebenarnya lebih kecil ( Input tax – output tax ) . Pada lapisan ini, yang barang naik kalau pakai GST , sistem claim balik kerajaan lambat so ia mengganggu aliran tunai  peniaga . Peniaga mahu selesaikan masalah ni , maka mereka menaikkan margin awal-awal . Bila mereka  naikkan margin awal-awal jadilah kesan rantaian .
Masalah lain pasal GST ni pula , tiada penguatkuasaan . Sistem dia dah telus , semua transaksi kerajaan akan nampak . Kerajaan sepatutnya boleh gunakan agensi penguatkuasa untuk pantau harga barang . Jangan bagi peniaga naikkan margin sesuka hati . Kalau ada penguatkuasaan , harga barang akan stabil .
Untuk SST pula  tiada claim input tax so secara teknikalnya peniaga tidak akan naikkan margin . Walaubagaimanpun , masalah lain timbul . Sistem dia tidak telus . Pengilang boleh tipu cukai. Pengilang setup satu syarikat pemborong . Pengilang jual pada pemborong ( yang juga dimiliki oleh entiti yang sama ) pada harga yang lebih rendah . Jadi cukai yang dikenakan tidak tinggi . Pemborong jual harga yang tinggi ( termasuk 10% ) . Pemborong yang dapat 10% tu bukan kerajaan . Harga barang naik juga tapi yang untung adalah pemborong . Pembeli sia-sia bayar apa yang dikatakan cukai 10% itu tetapi hasil pergi ke peniaga . Peniaga joli katak , rakyat tidak dapat manfaat .
Kalau GST dulu barang naik harga tapi hasil cukai kerajaan dapat . Kerajaan bagi balik melalui subsidi bersasar (BR1M) , kemudahan infra , subsidi kesihatan dan macam2 lagi lah . So hasil cukai dapat balik .
Jadi, kepada Menteri , harga barang memang tidak akan turun . Jumlah kutipan cukai yang turun . Bila kutipan cukai consumption turun , kau orang kena berjimat . Kerajaan berjimat , swasta merana . Swasta merana sama ada projek kurang atau cukai syarikat naik . Kalau tu jadi , pekerja la yang kena tempias .
Walau bagaimanapaun, rakyat rindu zaman RM50 troli penuh . Harga barang tidak turun tapi saya ada satu idea untuk dapat RM50 troli penuh – Suruh menteri KPDNKK keluarkan arahan supaya semua pasaraya kecilkan saiz troli . Size troli tu kalau lagi kecil mungkin RM20 dah boleh penuh. Jadi rakyat dapatlah zaman RM50 troli penuh. – TTKM

Monday, July 16, 2018

Saifuddin Nasution tertekan dengan isu Kos Harga Barang sehingga mencampakkan cermin Mata.

Penurunan harga barang antara agenda utama yang diberi perhatian serius oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas kerajaan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) - Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Menteri dilihat tertekan dengan soalan daripada wartawan sehingga mencampakkan cermin mata nya. 
Sekarang "0 GST” pun harga barang naik, apa citer? Dah ler kerajaan PH tak dapat collect cukai, yg UNTUNG kapitalis dapigs cekik darah kiri kanan sapu.
Pepandai ler kau YB Menteri kasi turun harga bila dah masuhkan GST nanti & jangan pulak kos kehidupan meningkat apabila SST diperkenalkan semula.

Komen Netizen yang sinis :
Takkan la marah kot. Dicampaknya spek. kemon YBM. Mungkin baru sedar membangkang lebih senang dari jadi kerajaan. Sebelum ni semuanya senang. Sekarang baru tau susahnya ya? Kerajaan terdahulu pon da menjawab semua ni, xp apa kata geng2 pembangkang terdahulu? Apa kata rakyat? Hari ini, hadapi la bersama. Bukan GST semata tuan2! Kalau ini level nya... Mr Ahmad Maslan, U win!

Peristiwa lantikan Speaker Dewan Rakyat pada 20 Disember 1999 berulang lagi sekarang, Tun M Jugak PM nya.


PERISTIWA HARI PERTAMA SETIAP KALI SIDANG PARLIMEN BERMULA..(BERULANG) sebagaimana berlaku 16 julai 2018 .

Pada 20 Disember 1999, 
DS Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu telah mencadangkan perlantikan Tun Mohamed Zahir Ismail sebagai Speaker Dewan Rakyat. Pencalonan ini disokong oleh Presiden MCA, DS Lim Liong Sik.





Perlantikan ini telah dibantah oleh ahli ahli parlimen Barisan Alternatif ketika itu kerana dikatakan telah dicalonkan tidak mengikut peraturan Dewan (termasuk isu notis 14 hari). Antara yang mengambil tempat dalam perbahasan tersebut adalah Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, Teresa Kok, Chong Eng, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr Tan Seng Giaw, Kerk Kim Hock, Fong Po Kuan dan Tan Kok Wai.

Selepas bantahan tersebut tidak diterima, Dr Tan Seng Giaw telah mengisytiharkan keluar dewan dengan berkata, "Ada bantahan... Satu walk-out". Semua ahli parlimen Barisan Alternatif telah keluar dewan pada ketika itu sambil disorak oleh beberapa ahli parlimen BN, "Oi balik balik berambus get lost" dan "tidak angkat sumpah tidak boleh masuk ooo"



Ahli-ahli Parlimen BA kemudiannya telah masuk semula ke dalam Dewan bagi upacara angkat sumpah. Termasuk Allahyarham Us Fadzil Noor, Dr Wan Azizah, Dr Tan Seng Giaw dan Husam Musa.

Jadi apa yang berlaku hari ini bukannya pertama kali berlaku dalam sejarah politik Malaysia.- Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Tun M akui PH tipu rakyat untuk tidak dapat laksanakan manifesto PH


Makin hari makin basah kepala kena kencing..

Manifesto bukan Bible, hanya panduan.

Dengar tu.


Segala benda yang dijanjikan Pakatan Harapan tu semuanya panduan tak semestinya perlu ditunaikan. 

Tolong siram air atas kepala banyak kali. Hancing teruk kepala rakyat kena kencing. 

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/16/lantikan-speaker-manifesto-bukan-kitab-suci-hanya-panduan-kata-dr-m/

Manifesto bukan kitab suci, hanya panduan, kata Dr M

Pengerusi PH itu berkata, manifesto bukannya kitab suci yang boleh dilaksanakan sepenuhnya.


“Saya ingatkan manifesto bukan Bible, ia hanyalah panduan.

“Kadang-kadang kita boleh melakukan sesuatu, kadangkala kita dapati ia tidak boleh dilakukan. Jadi, kita perlu praktikal, tetapi orang ramai suka seseorang yang tiada kaitan dengan parti,” katanya di lobi Parlimen.

Manifesto PH jelas menyatakan speaker perlu dilantik daripada kalangan ahli Dewan Rakyat, tetapi janji ke-16 dalam manifesto itu ialah mengembalikan kewibawaan institusi Parlimen di bawah teras melakukan reformasi institusi pentadbiran dan politik.


Dalam janji itu, speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan dilantik daripada kalangan ahli dewan yang mempunyai integriti serta kredibiliti, selain perlu berhenti daripada politik kepartian sebaik sahaja menerima jawatan itu.