Kelicikan Mahathir dalam mengatur gerak tari di atas pentas politik ternyata sangat anggun. Sehingga hari ini kegagalan Pakatan Harapan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pentadbir masih lagi kabur tanpa sebarang halatuju pembentukan negara berdasarkan tema ‘Bina Semula Negara’. Malah segala yg terkini lebih kepada membebankan rakyat berbanding dengan kempen PRU-14 yang menjanjikan keindahan seribu impian rakyat Malaysia yang mendambakan sebuah negara yang bersih dan cemerlang. Rakyat hari ini disajikan dengan dasar-dasar dan agenda kerajaan yang tidak membawa sebarang faedah sama seperti keadaan di zaman Barisan Nasional.
Mahathir tahu malah sedar rakyat merasa tertipu berdasarkan dari beberapa konotasi kenyataan beliau yang terpampang di media arus perdana. Pada era pentadbiran Barisan Nasional dahulu, mereka dengan mudah melaksanakan strategi ‘Pecah dan Perintah’ (Divide & Rule) apabila kerajaan ketika itu ditunjangi oleh parti-parti berdasarkan kaum. Sentimen kaum berdasarkan warna kulit dimainkan dan api perkauman disemarakkan lagi oleh penyokong-penyokong parti. Mahathir cukup mahir dan sangat ‘beriman’ dengan strategi ini, walau bagaimanapun beliau memerlukan satu kaedah yang lain untuk memerangkap rakyat agar segala kebejatan dan kebobrokan Kabinet Pakatan Harapan segera dikalih dan tidak diperihatikan oleh rakyat.
Mutakhir ini kita melihat Mahathir dan kuncu-kuncunya menggunakan kaedah yang sama (Pecah & Perintah) melalui lenggok irama yang telah diberi nafas baru. Sentimen rakyat adalah satu jalan keluar mudah yang perlu disuntik kepada setiap individu sebagai satu melody yang sentiasa melekat diminda rakyat demi keberuntungan beliau sekeluarga dan juga para penyembah Mahathir.
Sentimen Agama, Bahasa dan Raja-raja Melayu
Mutakhir ini, kita perhatikan setiap gerak laku dan kenyataan menteri-menteri cabinet adalah berdasarkan kepada 3 isu besar: Agama, Bahasa Kebangsaan dan Raja-raja Melayu. Seusai perlantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri Ke-7, serta-merta Kemuliaan dan Kehormatan DYMM SPB YDP Agong dicemarkan oleh juak-juak Mahathir. Sehinggakan cara berjalan YDP Agong juga dipertikaikan oleh juak-juaknya sampailah kepada kebiadaban A. Kadir Jasin mengolah persepsi menghina Baginda YDP Agong yang menggunakan perbendaharaan kerajaan sewenang-wenangnya. Segelintir rakyat mula mempertikaikan tindakan Baginda YDP Agong tanpa menyelidik kesahihan laporan A. Kadir Jasin. Dalam masa yang sama rakyat mula dikalihkan daripada isu Manifesto: Janji-janji Kempen PRU-14 yang lepas.
Apabila YDP Agong bertindak membatalkan mendedahkan segala peruntukan kerajaan untuk Istana, disamping membatalkan program Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri Mahathir dengan pantas membawa agenda Pembebasan Anwar Ibrahim. Sebelum pembebasannya Mahathir dengan pantas melantik Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Hasilnya cukup lumayan; dimana tiada sebarang jaminan Anwar Ibrahim akan dinobatkan sebagai PM-8, sebagaimana yang telah persetujui oleh beliau yang hanya akan memegang tampok pemerintahan selama 2 tahun. Penyokong dan para pendokong Anwar Ibrahim tidak mampu bingkas mempertikai memandangkan Presiden PKR telahpun selesa di kerusi empuk. Dengan sepantas kilat Mahathir ke Jepun dan meninggalkan Wan Azizah sebagai ‘Caretaker’, untuk menyantuni Presiden Modhi dari India yang menziarahi Malaysia. Keghairahan Wan Azizah membawa Anwar Ibrahim sepentas dengan Presiden Modhi merupakan jerangkap samar yang dipasang oleh Mahathir. Pertikaian antara penyokong berlaku dan Anwar ditempelak oleh penyembah Mahathir dan berlaku pergolakan kecil yang terpaksa ditangani oleh Wan Azizah. Dengan pantas, di Jepun Mahathir membuat kenyataan ‘….sedia menjadi Perdana Menteri selama mana beliau di kehendaki’. Sejurus selepas itu, Daim Zainuddin dan Rafidah Aziz juga turut serta membuka langkah silat untuk mengaburi rakyat. Sekali lagi, rakyat terlupa akan janji Kempen PRU-14 Mahathir kerana dilekakan dengan pentas sandiwara yang dihidangkan.
Dengan tidak semena-mena, Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang baru dilantik menggunakan Bahasa Mandarin sebagai kenyataan rasmi yang menjadi pertikaian di seluruh negara. Bola sekali lagi dilambung dan disambut oleh parti-parti Melayu sehingga terlupa Janji-janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan tol apabila Berjaya merampas Putrajaya. Tidak termasuk dengan kenyataan Hutang Negara, rakyat sekali lagi diheret atas dasar simpati untuk menghulurkan derma akibat hutang negara yang ditimbunkan oleh Najib Razak. Tabung Harapan dijana dalam masa yang sama sentiment ‘Benci Najib’ disemarakkan sebagai perisai untuk mengaburi minda rakyat. Walhal Bank Dunia secara tegas membuat kenyataan bahawa hutang negara pada keadaan ‘selesa’ dan pelabur lari serta Ringgit meredum, maka berbelit-belitlah lidah Menteri Biawak menutur ayat. Terpaksalah Lim Guan Eng mencatur gerak tari selanjutnya mengenai HSR, LRT, MRT, 1MDB dan sebagainya, meraih simpati rakyat sehingga tersasul ‘sekiranya kerajaan melaksanakan manifesto, negara akan bankrap.
Apabila sebahagian rakyat mula tersedar, negara digemparkan pula dengan kenyataan Zainudin Maidin untuk menutup sekolah tahfiz. DIkenali dengan ZAM, sedia maklum beliau merupakan ‘Penyembah Tegar’ Mahathir dari Dahulu, Kini dan sehingga hujung nyawa. Maka bertempiklah sekelian pendakwah, mufti dan agamawan akan insiden ini yang menjurus kepada polemic akidah. Sekali lagi rakyat hilang tumpu kepada Manifesto PRU-14 Pakatan Harapan. Dihidang pula dengan isu LGBT yang menjadikan para pendokong agama tidak menang tangan sementara Mahathir dan menteri cabinet tersenyum sumbing bila rakyat semakin hilang tumpuan terhadap janji-janji mereka. Menteri Agama pun tidak kentinggalan, menyambut gerak tari yang diatur dengan pelbagai polemic agama untuk mencipta isu untuk didendangkan ketika rakyat semakin tertekan dengan kenaikan harga barang berpunca daripada system percukaian SST yang baru.
Mutakhir, Kementerian Pendidikan juga tidak ketinggalan, mengorak langkah mengenengahkan isu pengiktirafan UEC sebagai salah satu agenda kerajaan, walaupun tidak termaktub di dalam manifesto. Perkara seperti ini sengaja dibangkitkan agar rakyat lupa untuk menuntut janji mereka bagi menyediakan Pendidikan Percuma. Menteri Pendidikan juga sekali lagi menghamburkan janji untuk menambah kuota kepada kaum CIna di IPTA tanpa sebarang peruntukan pembiayaan pelajaran. Bukan hanya Melayu, kaum Cina dan India juga diperangkap oleh cabinet Mahathir untuk terus dipisah-pisahkan. Sementelahan, agenda ‘Kasut Hitam’ pula menjadi perbahasan hangat untuk memerangkap rakyat agar melupakan janji-janji yang mereka tabur pada Kempen PRU-14 yang lepas.
Mahathir dan para ‘Bukhala’ akan terus mencetuskan sentimen sebegini agar rakyat terus berpecah dan berantakan demi mempertahankan kuasa mereka. Selagi rakyat tidak keluar dari politik sentiment dan kebencian, selagi itu rakyat akan terus diperbodohkan dan Mahathir akan kekal berkuasa bersama ‘Para Penyembah dan Penjjilatnya’ hingga hujung nyawa.
Kolumnis Walaun United
Tanganku
Shah Alam




No comments:
Post a Comment