Search This Blog

Wednesday, February 13, 2019

Dana politik RM1.2 billion daripada Israel : DAP perlu di siasat ?



Sehingga kini DAP masih belum melakukan apa-apa terhadap dakwaan parti itu ditawarkan sebanyak RM1.2 bilion daripada Israel. Jikalau sekadar dakyah semata-mata, DAP sepatutnya sudah lama menyaman bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang, Mohamad Razali Abdul Rahman yang mendedahkan `pembiayaan' Israel itu beberapa tahun lepas.
Dan saman juga Dr. Zuhdi yang buat pendedahan yang sama sekali lagi pada 29 Disember 2016. Namun sehingga ke hari ini, DAP  dilihat tidak peduli langsung.
Untuk makluman, dakwaan itu dibuat oleh Mohamed Razali yang dikatakan  telah terlibat secara langsung  dengan Israel dalam latihan yang diberikan. Beliau turut mendakwa, pakar risikan Israel terlibat dalam melatih G17 atau kumpulan 17 pakar strategi DAP yang diketuai Tony Pua dan Guan Eng yang sering ke Singapura menemui wakil Kedutaan Israel.
Selain itu, DAP didakwa ditawarkan dana sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada PRU-13 lalu oleh Israel dan sebuah pangkalan tentera Israel baru akan dibina di Port Dickson sebagai balasan, jika DAP berjaya menawan Putrajaya.
Mengapa sehingga ke hari ini masih tidak ada sebarang tindakan saman ke atas Mohamed Razali?
Kalau benar Mohamed Razali berbohong maka kita mahu  Kit Siang kotakan kata-kata beliau yang akan menyaman sesiapa sahaja berhubung dakwaan DAP ditawarkan sebanyak RM1.2 bilion itu.
DAP tiada cara lain untuk membersihkan tuduhan itu melainkan mendakwa Mohamed Razali di mahkamah kerana sudah lebih tujuh tahun DAP mengelak menjawab tuduhan itu. Tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP.
DAP harus mendedahkan butiran penerimaan derma yang cukup banyak itu kepada pengetahuan rakyat. Sekarang giliran DAP pula tampil untuk disiasat tentang tuduhan di atas ini setelah Laporan Polis telah dilakukan oleh orang awam.
Pihak berkuasa samada PDRM ataupun SPRM perlu menunjukkan intergriti serta telus Dalam menyiasat tentang Dana RM 1.2 Billion daripada Israel yang diterima oleg DAP sepertimana laporan polis yang telah dibuat sebentar tadi.
Rakyat juga perlu tahu apa yang sebenar telah dilakukan oleh DAP dan sekutunya serta tidak mahu bersekongkol dengan sebuah parti yang ada hubungan dengan Israel.


No comments: