Search This Blog

Tuesday, December 11, 2018

Isu dividen Tabung Haji: PAS saran Tubuh RCI bagi siasat terperinci dilakukan




Percanggahan laporan berhubung kedudukan kewangan Tabung Haji antara firma Ernst & Young (EY) dan PricewatercooperHouse (PwC) adalah memerlukan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan agar siastan terperinci dapat dilakukan.

Kekeliruan ini timbul bila Ada dua laporan audit yang bercanggah. Satu yang disediakan oleh EY dan disahkan Jabatan Audit Negara yang diguna oleh pengurusan lama dibawah kerajaan BN. Satu lagi yang disediakan oleh PwC yang dilantik oleh Tabung Haji selepas 9 Mei yang lepas.

Dengan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ini, bagi mencari kebenaran dalam isu pengeluaran hibah atau dividen oleh Lembaga Tabung Haji (TH) yang didakwa menyalahi Akta Tabung Haji 1995 sejak tahun 2014.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof hari ini mendedahkan TH melakukan kesalahan dalam pengeluaran hibah atau dividen sejak tahun 2014.

Kesalahan itu dibuat apabila kepimpinan TH terdahulu masih mengeluarkan hibah walaupun nilai asetnya sebanyak RM70.3 bilion lebih rendah berbanding liabiliti RM74.4 bilion.

Seksyen 22 (3a) Akta Tabung Haji 1995 menyebut hibah tidak boleh diberikan apabila nilai aset adalah lebih rendah daripada liabiliti.

Kita mesti melihat isu ini dalam konteks yang besar. Ia bukan saja berkaitan pemberian atau bayaran hibah yang tidak mengikut prosedur TH, tetapi turut menggambarkan krisis tadbir urus korporat dan pengurusan yang tidak mengikut amalan terbaik.

PAS dengan jelas memandang serius dalam apa juga usaha memelihara kewibawaan institusi yang berkaitan dengan orang Melayu dan Islam. Sebarang usaha untuk memperkuatkan institusi itu dan menghapuskan ketirisan, pecah amanah serta salah tadbir urusnya sentiasa & wajib disokong.



No comments: