Search This Blog

Sunday, February 17, 2019

Anwar tersekat Untuk menjadi PM, Mahathir pukul anak sindir menantu



Saya percaya fokus utama perjumpaan Mahathir - Hadi semalam adalah untuk menyekat Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri. 

Jadi mereka kena cipta satu kontroversi lain supaya Anwar tidak syak sesuatu yang luar biasa. 

Maka lahirlah perjanjian politik yang menggemparkan. Semua orang bincang hal tersebut, terlupa agenda sebenar. 

Ini macam main caturlah. Kita hendak checkmate Raja cara lain, tapi kita serang sebelah lain supaya pertahanan raja leka. 😂

PRK Semenyih bukanlah perkara penting bagi Mahathir, malah saya yakin Mahathir amat tahu keputusannya lebih 60%  kemungkinan untuk PPBM kalah amatlah tinggi

Ini kerana PPBM bakal berhadapan sabotaj dari PKR. Malah DAP juga bakal bertindak sama dengan PKR. Ini terbukti apabila DAP menaja seorang calon Bebas berbangsa Cina bagi tujuan memecahkan undi  DAP tahu dengan melarikan undi Cina agar tidak l00% memangkah calon PPBM maka amat mustahil PPBM akan menang kali ini. 

Malah pemilihan calon PPBM juga telah pun menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pemimpin PH sendiri 

Pastinya timbul persoalan dikalangan pembaca mengapa DAP dan PKR akan mensabotaj PPBM pada PRK kali inil?

Pertama Tun Mahathir dilihat tidak mempedulikan amaran DAP dan PKR agar jangan mengutip sampah dari kallangan YB UMNO.  Malah kemasukan wakil rakyat UMNO kedalam PPBM menyerlahkan ketamakan Mahathir. 

Kini persediaan Tun Mahaathir sebenarnya melangkau PRK Semenyeh. Tun telah bersedia dengan kemungkinan untuk menghadapi undi tidak percaya yang mungkin dibuat keatasnya oleh DAP dan PKR selepas PRK kali ini. 

Dengan kekuatan yang dimiliki oleh PPBM disokong oleh orang orang Azmin Ali, PAS dan sebahagian sampah sarap yg ada didalam UMNO. 

Pertempuran ini kian menarik ketika Anwar tidak putus putus menyatakan keyakinannya konon Mahathir akan mengotakan janjinya dan beliau akan bergelar PM ke 8.

Lagi pun DAP amat takut sekiranya pembubaran Parlimen dibuat oleh Tun Mahathir pada bila bila masa sekiranya kedudukan Tun Mahathir sebagai PM terancam..
 .
Faham dah sepak terajang Mahathir?
Ia melangkau politik biasa biasa.

Tulisan
Rozmi Mokhtar

No comments: