AKHBAR The Star hari
ini membawa tajuk utama muka depan “The numbers game is on”, dan
disebut “A
race to get more MPs on their side in Parliament is gaining momentum following
whispers of a coup being mounted to unseat Tun Dr Mahathir Mohamad as Prime
Minister.”
Maksudnya
masing-masing parti sedang berebut bilangan kerusi. Perebutan untuk mendapatkan
suara teramai di Parlimen sedang berlaku berikutan desas-desus “rampasan kuasa”
untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Ini bukan pembohongan PAS sebagaimana dakwa
Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahupun fitnah dan palsu sebagaimana dakwa Lim Guan
Eng. Ianya dilaporkan oleh The Star bukannya Harakah dan The
Star bukan menceduk sumber dari PAS tetapi desas-desus di luar
sana.
Mengapa
Anwar dan Guan Eng marahkan PAS dan desak supaya PAS pula yang kemukakan bukti
“rampasan kuasa” itu?
Isunya jika berlaku ketidakyakinan dan hilang
kepercayaan terhadap Tun sebagai Perdana Menteri, sudah pastilah ia akan
berpunca dan bermula dari kalangan Pakatan Harapan sendiri. Undi tidak percaya
dari blok pembangkang tidak mampu jatuhkan Tun kecuali ia datang dari dalam
kerajaan.
Apabila
Tun umumkan partinya menerima beberapa Ahli Parlimen Umno sebagai ahli Bersatu,
DAP dan PKR yang berang dan marah. Apabila Tun umumkan partinya mahu melebarkan
sayap ke Sabah sekaligus mejadi wadah menerima ahli-ahli Parlimen Umno Sabah
yang lompat meninggalkan Umno, DAP dan PKR juga yang naik angin.
Sepatutnya
yang buat penafian adalah Anwar dan PKR serta Guan Eng dan DAP bukannya PAS.
Anwar
dan Guan Eng perlu ke hadapan mengisytiharkan yang parti mereka akan terus
menyokong Tun sebagai Perdana Menteri dan tidak melihat sebagai ancaman usaha
Tun untuk mengukuhkan kedudukan Bersatu dalam Parlimen.
Kenapa
Anwar dan Gun Eng senyap?
Kecuali
memang PKR, DAP dan Pan tidak senang dengan Tun dan beberapa langkah politiknya
kebelakangan ini. Tun kini dilihat sebagai ancaman serta liabiliti lantas usaha
perlu diambil untuk menghentikan pengaruh Tun itu. Anwar perlu naik sebagai PM.
Adakah begitu?
Kenapa
Anwar dan Gun Eng senyap? Inilah desas-desus yang dikutip oleh The Star dan
pihak media. Ia bukannya berpunca dari PAS tetapi dari dalam PH.
Anwar
dan Guan Eng bersuaralah.
PAS sekurang-kurangnya telah
bersuara mahu Tun kekal PM hingga PRU15. Anwar dan Guan Eng? - ROSLAN SMS
No comments:
Post a Comment