Search This Blog

Wednesday, February 13, 2019

Isu 90 Juta : Pas Kedah cabar pemimpin utama PAN Kedah serah bukti kepada SPRM




PAS Kedah mencabar Pengerusi PAN Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh mengemukakan bukti berhubung dakwaan exco Agama itu pernah melihat slip transaksi bank membabitkan dana daripada UMNO ke akaun PAS. Sebagai pemimpin utama PAN Negeri, beliau wajar menyerahkan bukti tersebut kepada pihak SPRM untuk membuktikan tuduhan tersebut.

PAS Kedah memberi tempoh selama 72 jam untuk Dr Ismail membuat laporan serta menyerahkan bukti kepada SPRM bagi membuktikan tuduhan beliau dan layak memegang jawatan Exco Agama Negeri. Menjadi perkara yang amat pelik mengapa dr Ismail tidak buat laporan ke SPRM yang didakwanya menerima dana jutaan ringgit sejak tahun 2008, malah dikatakan Dalam tempoh yang panjang.

Apakah kepimpinan tertinggi PAS akan berpeluk tubuh sekiranya perkara itu benar-benar berlaku, kerana pada ketika itu Almarhum TGNA masih ada,Transaksi jutaan ringgit bukan boleh disorok, apatah lagi dengan jumlah yang besar cecah RM 90 Juta.

Sekarang Pun PH sudah menjadi kerajaan, gunakan lah kuasa yang ada untuk siasat atau dedahkan supaya memudahkan pihak SPRM menyiasat secara menyeluruh.

No comments: