Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN), Semenyih Muhammad Aiman Zainali supaya sebuah hospital dibina di kawasan itu perlu lebih munasabah.
"Siapa pun boleh buat janji, tapi kami mengharapkan janji-janji itu lebih munasabah kerana pembinaan hospital bukan macam pembinaan mana-mana premis. Pada saya adalah lebih wajar kalau kita bercakap mengenai klinik kesihatan di situ.
"Dia (Muhammad Aiman) boleh mengesyorkan tapi pada akhirnya kementerian yang akan memastikan dari segi keperluan, syarat-syarat kepadatan penduduk dan sebagainya. Tetapi kita boleh dengar pandangannya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan Muhammad Aiman semalam yang merancang untuk memperjuangkan isu kemudahan untuk penduduk di Semenyih termasuklah pembinaan sebuah hospital.
Muhammad Aiman berkata, ramai penduduk memberi maklum balas mengenai keperluan sebuah hospital di DUN berkenaan kerana kawasan itu hanya memiliki beberapa klinik kesihatan dan terpaksa berkongsi kemudahan hospital di Hospital Kajang yang terlalu sesak - UO