Search This Blog

Sunday, June 3, 2018

JANJI PAKATAN HARAPAN KEPADA NEGERI-NEGERI

JANJI 3: BERKONGSI KEKAYAAN NEGARA SECARA BERSASAR

Negeri-negeri pengeluar minyak dan gas akan diberi royalti atau nilai bersamaan yang sewajarnya. Kezaliman UMNO dan Barisan Nasional yang memberi dana berdasarkan perkiraan politik akan dihentikan.

Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak, serta negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain, kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil. Ini akan membolehkan negeri-negeri berkenaan mengambil alih lebih banyak tanggungjawab perbelanjaan pembangunan di peringkat negeri.

JANJI 24: MENGHIDUPKAN SEMANGAT SEBENAR KONSEP FEDERALISME

Kuasa negeri-negeri akan diperkukuhkan dengan menurunkan beberapa kuasa yang sesuai kepada negeri, seperti kuasa untuk pentadbiran pengangkutan, kebajikan, perkhidmatan sosial, pertanian dan perlindungan alam sekitar.

Untuk membiayai kuasa negeri yang dipulangkan ini, sekurang-kurangnya 10 peratus daripada hasil cukai pendapatan akan dipulangkan kepada negeri-negeri tempat pembayar cukai bermastautin.

Pada tiga tahun pertama pentadbiran kami, 50 peratus daripada peruntukan belanja pembangunan akan dikhaskan kepada lima negeri termiskin, iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Perlis........HANCIIIINNNGGG

No comments: