Selepas memenangi pilihanraya ke 14, Pakatan Harapan menghadapi masalah untuk menunaikan beberapa janji manifesto mereka yang menelan belanja berbillion ringgit. Ini termasuklah janji menghapuskan tol, penangguhan pembayaran PTPTN – yang akan menyebabkan negara mengalami defisit lebih tinggi.
Tambahan pula, pembatalan GST yang memberikan pulangan kepada kerajaan sebanyak RM40 billion setahun sebelum ini digantikan pula dengan SST. Ini akan menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan antara RM20 billion.
Oleh sebab ini, kerajaan terpaksa memainkan propaganda hutang RM1 trillion sebagai alasan paling mudah untuk tidak menunaikan manifesto mereka dan membatalkan projek-projek infrastrutur mega seperti MRT3 dan HSR manakala ECRL pula akan dikaji semula. Sentimen ini menyebabkan syarikat senarai awam yang terlibat dengan projek tersebut menerima kesan secara langsung.
Selain itu, syarikat yang mempunyai hubungan langsung dengan kerajaan BN terdahulu juga mendapat kesan signifikan seperti syarikat CMS, yang dikaitkan dengan Taib Mahmud. Syarikat ini terlibat dengan projek lebuh raya PAN-Borneo.
IJM yang terlibat dalam perniagaan konsesi lebuhraya bertol mendapat pukulan hebat apabila kerajaan PH merancang akan menghapuskan tol secara berperingkat walaupun sehingga kini tiada pengumuman mengenai perkara tersebut dibuat.
Para pengkritik mendakwa kerajaan PH menipu pengundi apabila dilihat gagal menunaikan janji manifesto termasuk menghapuskan tol dan mengurangkan harga minyak. Manakala, para penyokong kerajaan mendakwa rakyat perlu bersabar dengan mengatakan “takkanlah kahwin hari ini, esok sudah beranak?”.
Kesan kerugian KWSP ini bakal dirasai oleh pencarum KWSP apabila pemberian dividen 2018 diumumkan kelak.

No comments:
Post a Comment