Sebulan lebih selepas berlakunya perubahan kerajaan buat pertama kali di Malaysia, nilai pelaburan KWSP dalam 10 syarikat senarai awam jatuh sebanyak 12% bersamaan dengan RM6.09 billion.
Menurut laporan The Edge, kejutan selepas pilihanraya umum menyaksikan pelaburan KWSP menjunam secara drastik dari RM51.21 billion kepada RM45.12 billion dalam hanya masa sebulan.
Sektor pembinaan adalah yang paling terjejas teruk berhubung polisi kerajaan baru Pakatan Harapan yang mahu menyemak kembali projek infrastruktur mega, termasuk ECRL, HSR dan MRT3.
- Saham CMS jatuh 37%
CMS paling terjejas teruk dengan nilai sahamnya menjunam sebanyak 37%, kehilangan nilai kapital sebanyak RM1.7 billion.
Pegangan saham KWSP dalam CMS: 10.69%
Niilai pelaburan KWSP yang jatuh : RM180 juta. - Saham MRCB jatuh 32%, bersamaan dengan kehilangan nilai kapital RM1.4 billion.
Pegangan saham KWSP dalam MRCB: 35.32%
Niilai pelaburan KWSP yang jatuh : RM490 juta - Saham IJM jatuh 32%, bersamaan dengan kehilangan nilai kapital RM3.1 billion.
Pegangan saham KWSP dalam IJM : 14.5%
Niilai pelaburan KWSP yang jatuh : RM450 juta - Saham Gamuda jatuh 28%, bersamaan dengan kehilangan nilai kapital RM3.7 billion.
Pegangan saham KWSP dalam Gamuda : 10.11%.
Nilai pelaburan KWSP yang jatuh : RM370 juta.
Selain saham sektor pembinaan mengalami kerugian tinggi akibat gelombang penjualan selepas pilihanraya, saham dua syarikat telco dan dua syarikat bank menyebabkan nilai pelaburan KWSP menyusut lebih tinggi.
- Saham Maybank jatuh 7%, nilai pelaburan KWSP jatuh RM1.06 billion.
- CIMB jatuh 8%, nilai pelaburan KWSP jatuh RM730 juta.
- Axiata jatuh 12% , nilai pelaburan KWSP jatuh RM 990 juta.
- TM jatuh 21%, nilai pelaburan KWSP jatuh RM690 juta.
Penurunan harga saham TNB pula menyaksikan nilai pelaburan KWSP paling terjejas teruk. RM8.5 billon lesap dari nilai pasaran. Atas sebab ini, KWSP yang mempunyai pegangan saham sebanyak 12.67% dalam TNB menyaksikan nilai pelaburannya menyusut sebanyak 9% bersamaan nilai RM1.08 billlion.
The Edge juga melaporkan pelaburan ekuiti KWSP menyusut dari RM344.35 billion pada suku tahun keempat 2017 kepada RM338.72 billion pada suku pertama tahun ini. Ini bersamaan dengan penurunan sebanyak 1.6% atau RM5.63 billion.


No comments:
Post a Comment