" Orang miskin tidak dikenakan caj hospital percuma bagi kelas tiga dan mereka juga akan mendapat air percuma bagi 20 meter padu. Katanya lagi 20 meter padu ni kalau makcik tinggal lima beranak guna air sekadar makan dan minum serta mandi tanpa membazir, in shaa Allah cukup, Tetapi kalau membazir memanglah tak cukup,”kata YB Dr Alias Razak.
Soalan 1: Dari mana kerajaan negeri perolehi senarai ini?Buat masa ini, kerajaan negeri perolehi melalui senarai E-Kasih. Ia merupakan satu sistem yang berada di bawah Program Pembasmian Kemiskinan di bawah kerajaan persekutuan.
Soalan 2: Bagaimana nasib golongan miskin yang belum tersenarai?
Oleh kerana manifesto ini dilaksanakan sejurus 2 minggu PAS mengambil alih kerajaan negeri, tentu sekali pengkalan data yang boleh diguna pakai adalah melalui kerajaan terdahulu. Agenda pemutihan akan dilaksanakan dan pendaftaran masuk senarai baru akan dibuat secara berperingkat.
Soalan 3: Mengapa tidak dikekalkan cara yang dibuat kerajaan sebelum ini? Iaitu penggunaan 20m³ ke bawah percuma untuk seluruh pengguna?
PAS dalam road show manifesto telah memberikan penjelasan secara konsisten, air percuma untuk golongan miskin dan berpendapatan rendah untuk kegunaan awal 20m³. Bayaran dikenakan jika melebihi kadar penggunaan tersebut.
Ia satu usaha kebersamaan untuk membela golongan miskin dan berpendapatan rendah. Ada dari kalangan mereka memiliki keluarga besar, penggunaan melebihi 20m³. Pelaksanaan sebelum ini, menyebabkan mereka perlu membayar penuh. Ada golongan berada yang berkemampuan, tapi menggunakan air bawah 20m³, mereka akan mendapat air percuma walaupun mereka berada.

No comments:
Post a Comment