Search This Blog

Tuesday, February 12, 2019

Tuduhan terhadap PAS :Tiada kemasukan RM90 juta dikesan pindah ke dalam akaun Rasmi Pas pusat


Tidak ada dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke dalam akaun bank milik parti Pas.
Kuala Lumpur - Ia merupakan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat akaun bank PAS selepas parti itu di tuduh oleh pemimpin Pakatan Harapan menerima RM90 juta daripada UMNO.
“Tiada kemasukan wang RM90 juta dari 1MDB ke akaun (rasmi) Pas,” kata sumber yang dipetik oleh Malaysiakini walaupun belum disahihkan lagi oleh Pas pusat.
Sumber juga mengesahkan bahawa akaun yang diteliti adalah akaun yang didaftar di bawah nama parti itu dan bukannya akaun peribadi pemimpin Pas.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada SPRM sudah selesai meneliti akaun peribadi pemimpin Pas yang dikaitkan dalam siasatan yang dilancarkan suruhanjaya itu enam hari lalu.
Siasatan berhubung isu itu dibuat oleh SPRM selepas menerima laporan orang ramai.
Ia susulan keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bersetuju untuk menyelesaikan kes saman fitnah terhadap Sarawak Report di luar mahkamah.

No comments: