Search This Blog

Tuesday, February 12, 2019

Tolak pemimpin penipu sijil akademik terutama dalam Pakatan Harapan


PEMALSUAN sijil akademik merupakan akhlak yang buruk dan tiada integriti kerana sanggup menipu untuk mencapai tujuan dan matlamatnya. Pekerja yang menipu sijil akademiknya tidak boleh diterima apatah lagi menipu untuk dilantik sebagai pemimpin. Ia melibatkan integriti kerajaan dan menghilangkan kepercayaan rakyat. Tidak wajar sama sekali perkara ini berlaku.
Pemalsuan sijil akademik ialah suatu penipuan yang sebenarnya mencerminkan sikap tidak jujur dan tidak amanah. Penipuan ialah sikap. Kalau sudah biasa menipu dalam perkara yang melibatkan sijil, ia akan berlaku dalam perkara yang lain.
Pemalsuan sijil akademik bukanlah merupakan hal remeh dan kecil, tetapi ia adalah suatu jenayah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Antara seksyen yang boleh dipertimbangkan untuk digunakan bagi tujuan siasatan dan pendakwaan sebarang kes yang melibatkan jenayah pemalsuan sijil ataupun dokumen ini adalah Seksyen 463 Kanun Keseksaan [Akta 574].
Selain itu, Seksyen 465 Kanun Keseksaan [Akta 574] pula memperuntukkan hukuman terhadap kegiatan jenayah pemalsuan ini dengan menyatakan bahawa “Barang siapa melakukan pemalsuan hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya”.
Rosaknya negara apabila pemimpin yang sedia ada kalangan yang tidak jujur. Sebab itu tidak pelik, jika rakyat pasca PRU14 ini berhadapan dengan penipuan demi penipuan. Dari sudut menunaikan manifesto sehingga kelayakan akademik yang ditonjolkan sewaktu berkempen.
Bayangkan jika pemimpin terdiri dari kalangan penipu, negara sudah pasti akan rosak dan memusnahkan kehidupan rakyat yang berada di bawah.

No comments: