Search This Blog

Thursday, February 7, 2019

SPRM perlu siasatan menyeluruh, Bukan melalui media sahaja - Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM




Timbalan Ketua (operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki mengesahkan bahawa Suruhanjaya akan meneruskan kes ini selepas menerima laporan itu.

Kertas siasatan telah di buka untuk di siasat dimana ia telah ditetapkan untuk meneliti dokumen mahkamah London bagi memastikan siasatan menyeluruh sehingga kepada dasar dakwaan bahawa beberapa pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata dokumen mahkamah yang difailkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown adalah amat kritikal untuk di siasat.


" Buat masa ini, kita tidak ada apa-apa mengenai tuduhan itu. Apa yang kita tahu banyalah apa yang kita baca dan dengar dalam media sahaja. Siasatan juga memerlukan masa untuk di siasat, terutama kerana mereka perlu mendapatkan dokumen dari mahkamah di luar negara " Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM

Sumber yang sama berkata, penyiasa akan bekerjasama rapat dengan Jabatan undang-undang untuk melihat cara yang terbaik bagi mendapatkan dokumen tersebut.

No comments: