Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah
Search This Blog
Thursday, February 7, 2019
Dana RM90 juta: Nik Abduh, Husam Musa & Nasharudin diminta hadir SPRM beri keterangan
YB Nik Mohd Abduh Nik Aziz hadir memberi keterangan di perkarangan kompleks SPRM Kelantan pada hari ini. Beliau hadir membantu SPRM dengan memberi keterangan berhubung mengenai isu dana 90 juta yang di kaitkan dengan PAS.
Selepas hampir 2 jam memberi keterangan beliau dilihatkan tergesa-gesa meninggalkan pejabat SPRM Kelantan bagi menunaikan solat Jumaat yang berkebetulan beliau menjadi khatib jemputan di sebuah masjid dalam parlimen Bachok.
Ketika ditanya mengenai keterangan kepada SPRM, Beliau juga ada menjelaskan mengenai dakwaan penyebaran audio yang melibatkan dirinya.
"Mengenai rakaman (SPRM) tanya, benda itu tiada kaitan apa-apa, Saya di panggil melibatkan ada laporan mengenai isu RM 90juta. Bagi saya orang yang buat laporan itu salah orang, sebab saya tiada maklumat pun tentang itu " Katanya
Nik Abduh juga memaklumkan ada beberapa pimpinan samada daripada PAS, BN & PH akan di panggil bagi memberi keterangan kepada SPRM antaranya melibatkan saksi utama dalam tuduhan ini Pengerusi PH Kelantan Datuk Husam Musa & bekas pimpinan PAS Datuk Dr Nasaruddin Mat Isa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment