Search This Blog

Friday, February 8, 2019

PAS memberi ruang pada SPRM seluas-luasnya bagi menyiasat tuduhan mengenai dana 90 juta ini.


Strategi penyelesaian luar mahkamah mengenai saman Tuan Guru Presiden PAS terhadap Editor Sarawak Report yang pada mulanya dianggap sebagai bola tanggung oleh musuh-musuh politi PAS terutama pemimpin Pakatan Harapan dan Khadamnya kini nampaknya dah jadi seperti servis bertukar tangan memihak PAS pulak.


1. Selain itu, PAS dapat mengelakkan daripada kos yg teramat tinggi jika perbicaraan diteruskan di London. Dalam masa yang sama PAS berjaya 'membawa balik' kes ini ke Malaysia untuk diteruskan oleh SPRM ataupun agensi kerajaan yang lain.

2. Jika siasatan SPRM ni nanti sehingga membawa ke perbicaraan di mahkamah, maka kos yg PAS hadapi tidaklah sepertimana di london, ditambah pula nilai mata wang Malaysia yang susut berbanding dengan pound sterling.

3. Jika sampailah ke mahkamah kes ni nanti dan jika editor SR terpaksa dipanggil memberi keterangan, kita dapat melihat siapa yang akan tanggung kosnya itu? 

Ini kebijakan barisan peguam Ayoh Chik, daripada PAS merugikan duit jamaah 'berperang' di gelanggang orang yang berkos tinggi, maka mereka memindahkan 'peperangan' tu ke gelanggang sendiri dan tidak lupa juga meminimakan kos guaman serta  secara tak langsung pihak lawan kucar kacir untuk hadap kes ini.


..
Jadi yg acah-acah ahli PAS yang sudah goyang dan bonggok tak dapat baca langkah politik Ayoh Chik ni, elok pi beratur isi borang DAP ??? 

No comments: