Layakkah Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang mewakili anaknya, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk menyampaikan sumbangan khas RM2 juta kepada Kolej Universiti Selatan?
Persoalan itu ditimbulkan oleh Netizen, apabila beberapa keping gambar yang tular di media sosial menunjukkan Penasihat DAP itu memegang replika cek berjumlah RM2 juta, yang dikatakan dari Kementerian Kewangan.
sebelum ini, sejumlah peruntukan juga telah disalurkan kepada Kolej Universiti New Era.
Difahamkan Kit Siang sendiri telah menyampaikan cek berkenaan kepada pihak kolej. Adakah Kit Siang mewakili anaknya, Menteri Kewangan dalam program tersebut? pada 30 Januari lalu, Kit Siang dikatakan hadir dan berucap pada majlis penyampian peruntukan RM2 juta kepada Kolej Universiti Selatan.
Kementerian Kewangan tidak wajar menggunakan sewenang-wenangnya dana khas untuk kolej universiti yang ternyata lebih moden dan canggih sehingga menafikan peruntukan kepada pihak yang lebih memerlukan.

No comments:
Post a Comment