1. Menurut portal Malaysian Insight, YDP Agong menolak cadangan perlantikan Peguam Negara yang baru, Tommy Thomas, yang dikatakan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia adalah negara sekular.
2. Tindakan Agong atas nasihat Majlis Raja-Raja ini kelihatan selari dengan konsep Islam yang menolak ideologi dan proses sekularisasi terhadap negara.
3. Konsep memisahkan agama daripada pemerintahan ini telah lama ditolak oleh Islam. Dalam takrif pemerintahan Islam, al-Imam al-Mawardi, al-Juwaini, al-Iji, Ibn Khaldun, dan al-Nasafi seakan sebulat suara menegaskan bahawa pemerintahan Islam adalah perkara yg melibatkan urusan mentadbir agama. Konsep ini masyhur dengan tema:
حراسة الدين وسياسة الدنيا به
“(Pemerintahan Islam adalah bagi): Menjaga agama dan mentadbir dunia”.
“(Pemerintahan Islam adalah bagi): Menjaga agama dan mentadbir dunia”.
4. Antara sarjana Islam moden yang turut tegas dalam menolak konsep ini adalah Dr. Yusuf al-Qardawi. Antara kesimpulan yang menarik yang diungkapkan oleh al-Qardawi berhubung sekularisme ini adalah:
“Sesungguhnya sekularisme ini lahir di bumi yang bukan dari kawasan Muslim, dirangka untuk satu kaum yang bukan kaum Muslim, dalam satu kondisi yang bukan kondisi umat Islam, untuk menyelesaikan masalah yang bukan berlaku ke atas umat Islam.” (al-Qardawi, al-Tataruf al-Ilmani fi Muwajaha al-Islam, 236).
Jadi, melihatkan kepada asas kelahiran fahaman ini sahaja kita sudah tahu bahawa ianya muncul dari konteks yang berbeza dengan konteks umat Islam. Mengapa pula kita beriya untuk menanamkan ideologi sebegini dalam masyarakat kita?
5. Dr Atiyyah Saqr, Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar, ketika ditanya berhubung ideology secularism ini menyatakan 8 percanggahan antara fahaman sekularisme dengan prinsip Islam. Dengan itu beliau dengan tegas menyatakan bahawa Islam menolak konsep sekularisme. Kenyataan ini direkodkan di dalam Fatawa Dar al-Ifta al-Misriyyah pada Mei 1997.
6. Badan Fatwa Arab Saudi (al-Lajnah al-Daimah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta) yang diketuai oleh Sheikh ben Baz pula menegaskan ideology yang memisahkan Islam dari kehidupan sebagai aliran yang batil yang boleh membawa kepada kekufuran.
7. Beberapa badan kajian Islam di Malaysia seperti JAKIM meletakkan fahaman sekularisme ini sebagai sebahagian daripada ideology liberisme yang difatwakan sesat oleh banyak institusi Islam di Malaysia.
8. Besarlah harapan kami, agar ideology memisahkan agama dari aspek kehidupan ini dibendung dan dikawal. Marilah kita bersama membantu dalam memahamkan masyarakat tentang perkara ini sebagai sebahagian dari tanggungjawab amra makruf dan nahi munkar.
Dr Ahmad Sanusi Azmi
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
No comments:
Post a Comment