Selepas anggota-anggota dan
veteran ATM telah dihasut dan dipergunakan oleh PH sebelum PRU14, nasib mereka kini telah diketepikan.
Dalam masa yang sama Kerajaan PH boleh jarah RM82 bilion dari
Petronas dan melaksanakan bajet 2019 dengan perbelanjaan yang lebih besar, Mereka mampu
memberi pelbagai peruntukkan untuk sekolah-sekolah swasta yang kaya dan
menyumbang RM1 bilion kepada kerajaan Pulau Pinang untuk memulakan lebuhraya
termahal dalam sejarah Malaysia yang kini dibantah ramai.
Tetapi tidak mampu menyediakan RM53
juta untuk diberikan RM1,200 kepada veteran tidak berpencen. Dan ini bukan
setiap bulan. tetapi Hanya sekadar sekali setahun di dalam bentuk one-off.
Bukan itu sahaja malah veteran-veteran
yang tidak berumahtangga juga tidak lagi mendapat BSH atau BR1M ? Apatah lagi dengan kenaikkan gaji
dan elaun tambahan mereka yang juga telah dinafikan oleh Kerajaan PH.
Mereka berkorban masa, nyawa dan
meninggalkan keluarga untuk menjaga kita. Demi untuk memastikan kita lena tidur
di malam hari. Menjaga sempadan, tanpa rungutan dan keluh kesah.
Sebab itulah dulu diperkenalkan
Bantuan Bakti Negara (BBN) untuk veteran-veteran tentera tidak berpencen demi
menghargai jasa pengorbanan mereka.
Tetapi PH telah mansuhkan.
Jasa Veteran Angkatan Tentera
Malaysia, kita jangan dilupakan.

No comments:
Post a Comment