Dalam senyap-senyap rupanya kerja-kerja pembinaan ECRL telah dihentikan secara serta merta atas arahan MOF, taktakala ramai netizen, termasuk lah yang menulis ni dok kalut pasal Najib semalam.
.
Den quote Utusan,
"
Kementerian Kewangan (MOF) menerusi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) mengarahkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dihentikan serta-merta berkuat kuasa Rabu.
Menurut jurucakap ECRL, arahan itu bagi membolehkan kerajaan membuat rundingan dan kajian semula terhadap projek tersebut yang setakat ini sudah mencapai 24 peratus pembinaan.
“Dengan pemberhentian projek ini, maka terpulang kepada kontraktor utama, China Communications Construction Ltd (CCCC) dan juga kerajaan China untuk membuat rundingan selanjutnya mengenai projek tersebut.
“Ini juga bagi membolehkan kerajaan menyemak semula kos projek ECRL ini yang dikatakan menelan belanja sebanyak RM81 bilion,” katanya.
"
Sumber : http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/ecrl-hentikan-serta-merta-1.703149
Manakala pihak CCCC juga telah mengeluarkan kenyataan pengesahan pemberhentian,
"
Walaupun tempoh pemberhentian ini belum ditetapkan, kami melahirkan rasa kebimbangan tentang kos, kerugian dan kerosakan yang bakal hadir dan juga nasib 2250 warga kerja tempatan dan beratus sub kontraktor, pembekal serta firma perundangan yang berkerja secara langsung atau tidak langsung dengan projek ini."
"
Sumber :
https://tinyurl.com/ybtsqnn7
.
.
Pening dah den tengok MOF ni, kejap kata nak batalkan, kejap tak jadi nak batalkan sebab takut kena denda RM22 Billion, sekarang nak berhentikan pula dengan alasan nak runding semula pula.
Apa benda ni?
Hmm..
Apa kata kita selusuri jalan cerita kos ECRL ni punya kontroversi kos dari awal dulu hinggalah kini.
Den bahagikan kontroversi ini kepada 2 garis masa iaitu PRA PRU-14 dan PASCA PRU-14
.
.
ECRL PRA-PRU 14
1. Pada 7 November 2016, Rafizi dan Ong Kian Ming yang kini memegang jawatan sebagai Pegawai Khas Menteri MOF, pada mulanya mempersoalkan kenapa kos ECRL ditetapkan pada RM55 Billion, walhal dekat website CCCC, nilai kontrak yang dipaparkan pada kos RM46 Billion.
Rujuk : http://www.theedgemarkets.com/article/rafizi-ecrl-deal-signed-rm2-company-formed-without-parliaments-approval
2. Maka pada 9 November 2016, bekas menteri di JPM ketika itu Rahman Dahlan menjawab bahawa, RM55 Billion adalah pembinaan melibatkan jarak baru 688KM berbanding jarak lama iaitu 600KM yang kosnya melibatkan kontrak RM46 Billion manakala penambahan kos RM9 billion yang dikeluarkan oleh kerajaan ketika itu melibatkan penambahan jarak dari Gombak ke Pelabuhan Klang.
Rujuk : http://www.theedgemarkets.com/article/ecrl-not-world%E2%80%99s-costliest-rail-project
3. Pada 15 November 2016, Tony Pua yang kini juga memegang jawatan sebagai pegawai khas menteri di MOF, bersama Rafizi telah membuat kenyataan susulan bahawa terdapat lebihan sebanyak Rm25 bilion dalam kos ECRL tersebut dan kononnya baki RM30 Billion akan digunakan untuk membayar hutang 1MDB berdasarkan daripada kajian menyeluruh (Feasibility Study) oleh HSS Engineering Group.
Rujuk : https://www.roketkini.com/2016/11/15/kos-ecrl-sepatutnya-lebih-rendah-baki-rm25-bilion-mungkin-digelapkan/
4. Maka sekali lagi pihak kerajaan ketika itu melalui menteri pengangkutan pula iaitu Liow Tiong Lai memberikan penjelasan bahawa, kos ECRL memang meningkat dari jumlah RM29-RM30 Billion seperti yang dianggarkan oleh HSS namun memberikan 3 faktor pertambahan kos tersebut, iaitu Nilai RM yang menurun dari RM3.20 kepada RM4.20-4.50, Jarak ECRL yang telah bertambah dari 545 kilometer kepada 688 Kilometer dan juga faktor penambahan terowong bawah tanah dari jarak 30KM kepada 50KM.
Rujuk : http://www.theedgemarkets.com/article/liow-explains-big-jump-ecrl-cost
5. Kesimpulan kos ECRL PRA-PRU 14:
Kesimpulannya, kos RM55 Billion itu telah menjadi polimik ketika zaman PRA-PRU14, kerajaan UMNO-BN ketika itu telah dihentam kerana dikatakan kos ECRL telah membelon sehingga 100% hanya dalam masa setahun!
Bahkan ada juga pemimpin PH ketika itu menyamakan pembinaan ECRL seolah-olah membina landasan menggunakan emas, intan dan berlian.
Rujuk :
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kos-ecrl-rm55b-macam-nak-bina-landasan-emas-1.576629
.
.
ECRL PASCA-PRU 14
1. Ura-ura segala mak nenek projek mega nak dihapuskan kerana kononnya terlampau mahal, antara yang nak dihapuskan adalah ECRL.
Rujuk: https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/05/11/possible-headwinds-from-mega-project-review/
2. Pada 18 May 2018, Tan Sri Daim, umum ECRL will cost more than RM55 Billion, dijangkakan kos akan meningkat hingga RM66 Billion, yang mana ianya berlawanan dengan jalan cerita Rafizi, Ong Kian Ming dan Tony Pua ketika PRA-PRU 14.
Rujuk : http://www.theedgemarkets.com/article/ecrl-will-cost-more-rm55-billion-says-daim
3. Maka bertiup kencanglah ECRL akan dicantas malah ianya dikaitkan semula dengan 1MDB seperti yang dicanangkan ketika PRA PRU 14.
Rujuk : http://www.theedgemarkets.com/article/ecrl-review-may-dig-1mdb-aftertaste
4. Akhirnya pada awal Jun 2018, MOF kata ECRL akan diterukan kerana kerajaan kena keluarkan kos berjumlah RM22 Billion untuk bayar denda dan penalti jika ECRL dibatalkan dan status progress pula sudah mencecah 24%.
Rujuk : http://www.theedgemarkets.com/article/govt-decision-continue-ecrl-good-move-%E2%80%94-ti
5. Tup tup, semalam 4 Julai 2018, Lim Guan Eng telah mengatakan bahawa kos sebenar pembinaan ECRL adalah sebanyak RM81 bilion, hal ini selepas selepas mengambil kira kos pengambilan tanah, faedah, yuran dan kos operasi lain termasuk kupon sukuk.
Menurut beliau RM66.78 Bilion adalah hanya kos asal namun apabila ditambah kos lain, jumlahnya telah meningkat lagi sebanyak RM15 Billion kepada jumlah akhir iaitu nilai RM81 Bilion.
Den quote Sinar harian,
"
“Pada 3 Mei 2017, Kabinet meluluskan projek menyambung rel landasan dari Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor (peningkatan kos RM1.28 bilion).
Pada 23 Ogos 2017, projek menaik taraf ECRL kepada projek landasan berkembar diluluskan (peningkatan kos RM10.5 bilion).
“Berdasarkan nilai-nilai harga projek tersebut, kos asas pembinaan landasan keretapi sepanjang 688.3 kilometer itu berjumlah RM66.78 bilion,” ujarnya.
"
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/nasional/kos-ecrl-cecah-rm81-bilion-guan-eng-1.851929
6. LGE juga mengatakan bahawa jumlah RM81 Billion itu tidak termasuk lagi dengan kos operasi.
Maka jumlah sebenar akan melebihi angka RM81 Billion.
Rujuk : https://www.theedgemarkets.com/article/mrl-instructs-cccc-suspend-ercl-works-ground%C2%A0-national-interest
7. Kesimpulan kos ECRL PASCA-PRU 14:
Kesimpulannya, dalam masa kurang dari 60 hari, keputusan ECRL samaada untuk diteruskan nampaknya telah berubah-berubah sebanyak beberapa kali, dan yang lebih menarik kosnya telah meningkat dari RM55 Billion kepada RM66 Billion dan kini RM81 Billion atau mungkin lebih!
Dan jika dibuatkan perbandingan, jalan cerita bagi kos ECRL yang dibawa oleh MOF kelihatan sepertinya sudah tidak 'tally' dengan jalan cerita PH pada zaman PRA-PRU 14 dimana ketika itu mereka mengatakan bahawa ECRL boleh dibina dengan kos kurang daripada RM30 Billion.
.
.
Makanya diharapkan LGE ataupun MOF boleh jawab, kenapa kos ECRL kini bukannya RM30 Billion seperti yang dicanangkan oleh Rafizi, Tony dan Ong Kian Ming dulu, dah lah tu kos ECRL kini bukan sahaja pada nilai RM55 Billion bahkan meningkat pula kepada RM81 Billion?
Ni kiranya bukan lagi naik 100%, ni dah naik hampir 200%!
LGE dan MOF kenalah jawab sebab bukankah 1MDB kini dah 'bungkus' dan kalau kita ikut lojik ECRL PRA PRU 14, sepatutnya kerajaan harini kena bayar ECRL RM30 Billion jelah, sebab mereka tak perlu lagi untuk 'curi' duit dari projek ECRL untuk bayar hutang 1MDB la kan? :D
Mohon penjelasan.
Sekian.
#Malaysiabaru
p/s: sapa rajin boleh buat infografik dalam bentuk garis masa.
No comments:
Post a Comment