Search This Blog

Friday, June 22, 2018

SPRM nafi keluar kenyataan isu rasuah di Kelantan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan Ketua Pesuruhjayanya mengeluarkan kenyataan berhubung isu penyelewengan dan rasuah dalam PAS Kelantan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, suruhanjaya itu mendapati ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Datuk Seri Mohd Shukri Abdull untuk menular kenyataan berkenaan baru-baru ini.
Malah beliau turut menyifatkan bahawa tindakan itu dilihat sebagai perbuatan yang ingin mencemarkan reputasi SPRM.
“Ingin ditegaskan bahawa SPRM komited menjalankan tugas dengan telus, bebas dan profesional tanpa memihak kepada mana-mana individu di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya SPRM,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menular berita yang tidak sahih menggunakan nama pengurusan tertinggi atau suruhanjaya itu kerana ia menjejaskan imej SPRM.-IsmaWeb

No comments: