Pendirian Presiden PAS dalam isu ECRL adalah konsisten sejak sebelum PRU14, iaitu "Projek ECRL boleh diteruskan, tetapi mengikut syarat kita".
Hari ini, Perdana Menteri membuat kenyataan bahawa "Projek ECRL akan diteruskan, jika syarat rundingan semula menyebelahi Malaysia".
Ternyata, pendirian Presiden PAS dalam isu ECRL adalah konsisten, manakala sikap Perdana Menteri dilihat kerap membuat 'u-turn', khususnya dalam isu ECRL dan HSR.
Apapun hasil kajian dan rundingannya, impak ekonomi dan nasib rakyat perlu diutamakan, bukannya kroni yang ingin mengaut keuntungan.
Cuma saya sedikit hairan apabila membaca laporan, Perdana Menteri tidak tahu tentang penglibatan seorang hartawan terkenal dalam projek ECRL, sedangkan seluruh rakyat sudah mengetahuinya. Tidak mengapa, pasti hari ini beliau sudah mengetahuinya.
Sebagai tambahan, saya tertarik dengan cadangan mantan CEO KTMB untuk kerajaan menaik-taraf jajaran keretapi Gemas-Tumpat dengan menghubungkan pelabuhan Tok Bali dan membesarkan terminal Mentakab, dengan anggaran kos RM3 bilion.
Kerajaan wajar mengambil kira pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan 'mega' ini.
Syahir Sulaiman
Sumber:
6 April 2018 – Presiden PAS: https://www.thestar.com.my/…/pas-president-we-are-all-for…/…
26 Jun 2018 – Perdana Menteri: http://www.theedgemarkets.com/…/ecrl-can-proceed-better-ter…
25 Jun 2018 – Perdana Menteri: http://www.astroawani.com/…/mahathir-tidak-tahu-tentang-lap…
25 Jun 2018 – Pemuda PAS: http://www.harakahdaily.net/…/7097-ecrl-banyak-isu-berbangk…
25 Mei 2018 – Pemuda PAS: http://www.harakahdaily.net/…/6807-prospek-ekonomi-penilaia…
2 April 2018 – Tun Mahathir: http://www.astroawani.com/…/projek-ecrl-mungkin-dihentikan-…

No comments:
Post a Comment