Search This Blog

Monday, June 25, 2018

Lim Guan Eng degil: tetap mahu guna mandarin untuk kenyataan kementerian kewangan.

Ketika hari pertama memegang jawatan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ditanya oleh pengamal media dari negara China.
“Selepas 44 tahun…(anda) menjadi Menteri Kewangan Malaysia yang berketurunan Cina, apakah perubahan yang akan anda lakukan?”

Dan ini jawab beliau;
“Saya minta maaf, saya tidak anggap diri saya sebagai seorang Cina. Saya orang Malaysia,”

Selepas sebulan menjawat jawatan tersebut, Lim Guan Eng mula menunjukkan belang beliau yang mengejutkan negara . Satu kenyataan menteri kewangan disiarkan dalam bahasa mandarin berhubung isu TRX dan 1MDB, pertama seumpamanya dilakukan oleh kementerian semenjak kemerdekaan.  Bukankah sebelum ini beliau tidak menganggap dirinya sebagai orang cina, malah orang Malaysia? Apakah signifikannya mahu mengeluarkan kenyataan dalam bahasa mandarin? Tidak ada orang cina di Malaysia yang tidak tahu membaca dalam bahasa melayu dan inggeriskah?

Tindakan Lim Guan Eng ini telah dikritik oleh banyak pihak kerana ia dilihat meminggirkan bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris yang menjadi kebiasaan digunakan oleh kementerian.


Bagi pihak penyokong kerajaan juga, ada pula yang mendakwa siaran media dalam bahasa mandarin ini adalah palsu!

Terkini, baru sebentar tadi, Lim Guan Eng di facebook beliau, dengan tegas mengatakan beliau akan terus menggunakan hak beliau menggunakan bahasa mandarin seperti yang dibenarkan oleh perlembagaan negara artikel 152 (1).

Apa yang menyedihkan, kenyataan beliau itu dibuat sepenuhnya dalam bahasa mandarin, tiada langsung terjemahan ke bahasa melayu atau inggeris! Kami hanya bergantung kepada facebook auto translation ke bahasa inggeris untuk memahami apa yang mahu disampaikan Lim Guan Eng.

Dengan angkuh, Lim Guan Eng mengatakan :

“Di sebalik tuduhan yang dibuat oleh mereka yang perkauman, saya tidak akan tunduk kepada mereka , dan mesej menteri kewangan akan terus disiarkan dalam mandarin, Inggeris, dan bila perlu, ia akan ditambahkan ke terjemahan bahasa cina, dan saya berharap pegawai kerajaan peringkat tinggi dapat menyesuaikan diri dengan operasi ini.”

Apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh Lim Guan Eng adalah beliaulah yang bersikap perkauman, memainkan sentimen politik, cuba menunjukkan kepada penyokong beliau yang majoritinya adalah dari masyarakat Cina bahawa dia juga seorang pejuang bahasa cina.

Apa lagi sebenarnya keperluan untuk bermain polilik. Kamu sudah memerintah negara. Sebagai menteri kewangan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memulihkan keyakinan pelabur yang sejak 9 Mei hingga sekarang, sudah pun membawa keluar pelaburan mereka berjumlah berbillion-billion ringgit! Puluhan billion lagi dalam negara juga telah lesap apabila nilai pasaran saham turun mendadak. Malah nilai pelaburan KWSP turut menjadi mangsa dengan lesapnya nilai RM6 billion! Ringgi pula bukan semakin mengukuh, malah semakin lemah. US$1 kini bersamaan dengan RM4! Menjadi jaguh bahasa mandarin sudah tentulah bukan sepatutnya menjadi keutamaan! 

Realitinya, tiada sesiapa pun melarang hak Lim Guan Eng dan orang cina untuk menggunakan bahasa cina di negara kita, kerana ia memang dijamin oleh perlembagaan. Apa yang perlu difahami oleh Lim Guan Eng adalah, bahasa rasmi kerajaan adalah bahasa Melayu. Jikalau beliau tetap bertegas mahu menjadi pejuang bahasa, kenapa tidak disertakan juga bahasa tamil? Berlakon seolah-olah menjadi mangsa untuk mendapat sokongan politik adalah terlalu kebudak-budakan. Bangunlah dari lena! Masa berbulan madu sudah tamat. Buatlah kerja! Kurangkan berpolitik. Kurangkan sidang akhbar. Pulihkan ekonomi! Jangan lupa, sistem KPI masih dikuatkuasa, jika tidak menepati KPI dalam setahun ini, kamu boleh ditukar!

-Editorial TTKM-

No comments: