Hari ini Tun kembali PM dan sedikit sebanyak sebenarnya menzahirkan kembali bahawa beliau tidaklah jauh berbeza dari Tun yang lampau.
Hari ini berbalah kerajaan pimpinan Tun dengan Yang Dipertuan Agong atas isu calon Peguam Negara yang baru.
Dulu pun begitu.
Tetapi dulu bila sahaja ekor kucing Siam ini terpijak ia akan melompat dan menerkam siapa sahaja yang mengganggunya.
Antara mangsa beliau barangkali "first time voters" tidak kenal adalah Raja-raja Melayu sendiri, dikepit dan dikekang kuasanya hingga hampir tiada lagi bermaya.
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas yang masih hidup ke hari ini tanpa belas ikhsan dipecat dan dimalukan. dari jawatan tertinggi badan kehakiman lantaran berkrisis dengan beliau.
Tokoh pembangkang, NGO dan individu ditangkap dan ditahan tanpa bicara bawah ISA ratusan bilangannya ( termasuklah dinda Nik Omar iaitu Nik Adli dpisakan dari keluarga dan anak beranak secara zalim).
Munawar Anes (tak seorang "first time voters" kenal barangkali)penulis ucapan Datuk Seri Anwar, ditangkap, diaibkan, dipaksa dan dituduh melakukan hubungan seks luar tabiee dengan Anwar (kebetulan hari ini saya terbaca surat rayuannya dalam Malaysiakini, Anwar sudah terima pengampunan Di Raja, bagaimana dengan beliau yang disabit kesalahan dan pernah dipenjara).
Itu belum lagi para syuhada Memali, rakyat Kelantan dan kemudiannya Terengganu dahulu yang disekat peruntukkan dan ditarik royalti.
Semuanya mangsa si kucing Siam dahulu.
Hari ini Istana Negara dan Raja-raja Melayu kembali dilihat memijak ekor kucing Siam yang sama.
Apakah kita akan menyaksikan berulangnya nestapa yang lampau.
Melayu ternyata "mudah lupa"........
(Terkenang sajak kekanda Dinsman dulu semasa Tun berkuasa ..... aduhai)
ROSLAN SMS

No comments:
Post a Comment