Ajaran salah bahawa hanya BN yang buat pembangunan, bantuan kebajikan hanya dari BN, hanya BN yang pandai ngetoh negeri, anak-anak boleh sekolah kerana BN, boleh kerja kerana BN, kalu BN kalah hidup kita susah dan pelbagai lagi pegangan salah sejak berpuluh tahun yang lalu kita yakin akan mampu dibersihkan secara beransur-ansur. Biarlah hasil kerja kita jadi clorox yang akan membersihkan kotoran degil ini.
Ramai adik kakak tanya sebab apa tak bagi peruntukan kepada Adun BN? Jawabnya peruntukan pembangunan diberi kepada semua 32 Dun di Terengganu melalui Pejabat Daerah demi faedah rakyat.
Kalau adik kakak tahu betapa borosnya Adun BN sebelum ini membelanjakan peruntukan tahunan Adun, maka adik kakak akan berterima kasih kepada Kerajaan Terengganu sebab tak bagi peruntukan pembangunan dan bantuan kepada rakyat melalui Adun BN. Bukan setakat habis licin dalam masa yang singkat malah ada yang terhutang sampai beratus ribu. Kita yang ambil alih pula perlu bincang macam mana nak selesaikan hutang yang ditinggalkan mereka. Data ada dengan kita bukannya kita tembak peluru penabur. Buat masa sekarang kita fokus buat kerja. Rakyat memerlukan kita.
Dr Azman Ibrahim
No comments:
Post a Comment